Polis China menahan lelaki yang tergamak menggilis teman wanitanya beberapa kali dengan kereta sehingga mati. Kosmo memetik laporan Mothership kelmarin melaporkan insiden berlaku di Tangshan, Hebei iaitu bandar sama sekumpulan lelaki dengan kejam menyerang seorang wanita pada Jun lalu.
Polis mengesahkan menerima laporan pada 2 Ogos jam 11:53 pagi (waktu tempatan) tentang seorang lelaki merempuh seorang wanita dengan keretanya di sekitar kolam renang.
Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati suspek berbuat demikian selepas berselisih faham dengan mangsa. Wanita dikenali dengan nama keluarga Wang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dihantar ke hospital. Suspek yang melarikan diri ditahan polis pada hari sama sekitar jam 3 petang. Menerusi video tular di media sosial, kelihatan kereta dipercayai kenderaan utiliti sukan jenama Jeep melanggar mangsa beberapa kali hingga terbaring di atas jalan. Tidak cukup dengan itu, kereta berkenaan membuat pusingan untuk menggilis wanita itu apabila dia sudah terbaring di atas tanah. Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar. - CARI |
kemaruk replied at 5-8-2022 03:28 PM
Ini video
NSFW
kemaruk replied at 5-8-2022 03:28 PM
Ini video
NSFW
ADVERTISEMENT