Penceraian yang berlaku di antara Noh Hujan dan Mizz Nina menggemparkan dunia hiburan Malaysia. Pengumuman pengesahan cerai itu dibuat kedua-duanya di Instagram masing-masing.
Selepas 11 tahun bersama, terputus sudah ikatan kasih sayang yang membuatkan ramai turut bersedih. Namun dalam masa yang sama ada pihak yang mempersoalkan posting tersebut.
"Satu takleh komen. Satu boleh komen." Ini merujuk kepada posting Mizz Nina yang membenarkan pengikut menulis komen, berbanding Noh yang memilih untuk menutup komen. Disebabkan itu ramai yang kata Noh bersalah dan punca masalah. Ini juga susulan tersebarnya video tak senonoh lelaki yang didakwa mirip Noh. Menurut mStar Online, sebelum ini isu Noh yang didakwa biadab menghembus vape ke arah wartawan ketika menjawab soalan menunjukkan dia sangat gementar apabla ditanya tentang soal peribadi. Langkah menghisap vape sambil menghembuskan asap itu walaupun dilihat kurang sopan namun ia mungkin cara Noh untuk menghilangkan rasa gemuruh dalam jiwa untuk menjawab sesuatu perkara benar yang cuba disembunyikan.
Tak sampai sebulan menafikan tiada masalah, tiba-tiba bercerai pula. Jadi siapa yang menipu? Sebagai info, mereka dikatakan memfailkan perceraian pada Jun lalu. Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011 dan awal tahun ini, mereka mengumumkan mengambil anak angkat yang diberi nama Musa. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|