CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sakit Tapi Mungkin Saya Perlu Bekerja Semula Selepas Royalti Tamat,"- Sazali P Ramlee

5-8-2022 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2243| Komen: 11

Description: Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali belum mempunyai hala tuju hidup selepas bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) akan tamat tempoh tahun depan.
Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali belum mempunyai hala tuju hidup selepas bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) akan tamat tempoh tahun depan.


Sazali, 63, berkata, agak sukar untuknya mengulas apabila ditanya oleh mana-mana pihak berkenaan perkara ini.


Foto: Harian Metro

"Sebelum ini pun saya pernah tanya kenapa royalti kurang dan mereka beritahu penularan Covid-19 menjadi punca kutipan merosot.

"Jadi saya terpaksa sabar dengan apa yang berlaku. Tahun depan juga tahun terakhir saya dapat wang royalti peninggalan arwah bapa. Sekarang saya sedang fikirkan untuk menyara hidup, sama ada saya kena bekerja semula atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Penaung Skim Rumahku Syurgaku Bersama Artis & Media di Setia Alam, baru-baru ini.


Menurutnya, dia perlu melihat pada semua situasi kehidupannya terutamanya perubatan.

"Bila ia berlaku nanti (tamat royalti), saya dan isteri (Hamidah Hitam) kena berbincang. Kesihatan kami berdua tidak berapa baik.

"Kami sekarang kerap ke hospital untuk bertemu doktor dan setiap kali ke hospital perlu guna wang untuk pengangkutan.

"Saya pernah kemalangan pada 2015. Sejak jatuh, tulang bahagian siku dan lutut dah rapuh dan tak dapat bekerja lagi. Saya kena buat rawatan fisioterapi kaki yang cedera akibat kemalangan," katanya.

Sazali berkata, mereka kini menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Sazali memuji usaha yang digerakkan oleh MRF Consultant (M) Sdn Bhd untuk membantu penggiat seni memiliki rumah sendiri.

Menerusi Noraniza Idris yang dilantik sebagai Pemegang Amanah, mereka yang layak dan menepati kriteria akan berpeluang mempunyai rumah sendiri yang bernilai di bawah RM500,000.

"Saya gembira diundang oleh Noraniza dan suaminya, Jeffri Iman ke majlis ini. Saya menyokong program Rumahku Syurgaku yang bertujuan membantu rakan-rakan lain.

"Namun untuk saya memohon rumah ini, saya kena pertimbangkan lanjut kerana saya dan isteri tidak bekerja, jadi macam mana nak bayar. Sekiranya mereka nak menaja terpulanglah kepada mereka. Sekarang kami tinggal di rumah sendiri di Semenyih," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-8-2022 09:29 AM
x sampai hati nk komen lebih2

moga elok2 lah utk teruskan hidup

Quote mamajawie 5-8-2022 10:39 AM
urm..tah la ye nak komen lelebih orang tua tapi tu la iollss jadikan pengajaran je la sementara masih ada kudrat belum tua lagi iollss nak berusaha tak nak harapkan duit belas ehsan orang insha Allah..
Quote jalfa 5-8-2022 10:42 AM
Mesti epf semua dah habis kan..kesian pok cik..kalo anak ada leh tompang tompang anak
Quote prince_marhaen 5-8-2022 11:32 AM
rm900 sebulan free free je dapat, cuba buat jual2 kuih ke biskut ke, kekacang macam aci-aci kacang goreng ipoh tu, jual apa-apa frozen kecil-kecilan ke, sambil-sambil duduk tu,  boleh la buat untung pusing balik nak gi hospital ke apa... penatlah semua orang asyik nak menghulur je...orang lain tak ada royalti pun berusaha keras nak hidup... sorry lah iols memang hati hitam sikit..tapi benda betul apa... dah biasa sangat harap orang tolong atas nama bapak kan, orang lain yang susah tak ada bapak seniman tu boleh je survive.
Quote nawtylulu 5-8-2022 11:41 AM
hurmmmm nk ckp sgt pon org tua. tp tula, mngkin klo die mntak org bntu utk apa2 peluang blh jana pndapatn dgn cara meniaga atau promote apa2 yg x berat bg diorg yg x sihat ni,  mngkin akn ade org blh tlg drpd meminta utk org memberi cm tu je..
Quote Thunderclouds 5-8-2022 11:44 AM
Edited by Thunderclouds at 5-8-2022 11:45 AM

Takut sungguh nasib mcm ni. Dh tua,duit habis xdak pulak hala tuju. Padahl buuluh tahun dok mkn duit royalti tu. Keja pn keja. Hujung2 hilang punca. La ni ramai dh pandai merancang hari tua. Cikgu2 kt kg i laki bini walau mkn gaji & esok dpt pencen tetap beli kebun & bg sewa kt org. Bil i pn gitu kebun getah,bendang bg sewa kt org,keja hakiki tetap ada. Hgpa ada duit byk p la beli tanah. Buat sewa. Beli shop lot kaa..mkn duit sewa ja bila dh xlarat nk keja. Unless pandai main forex/saham. Boleh dok santai2 depan lappy sambil bporum..hehehe
Quote Mary_jane 5-8-2022 03:09 PM
Kesiannya, dah tua2 sakit2 badan kena keluar cari kerja plak. Moga dipermudahkan urusan pakcik ni suami isteri.
Quote laksmanabentan 5-8-2022 03:29 PM
nak tanya jer... duit royalti tu tak simpan buat beli harta ker?
beli tanah ker.. beli rumah ker?
Quote sayurmayur88 5-8-2022 03:34 PM
rasanya ebit lew blh tolong. kasihan juge
Quote makcun14 5-8-2022 03:40 PM
Penyakit meleis ialah mudah kesian kat orang.
Even orang tu tak deserving of pity.
Truth hurts
Quote reporter_kalut 5-8-2022 04:41 PM
Malas bekerja hidup merana

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050724 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top