Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib Sepahtu berkata sehingga kini dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama arwah.
Bagi mengisi kerinduan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, berkata, dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak bagi mengalih perhatiannya. "Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arwah Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia. "Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.
"Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti," katanya kepada mStar.
|
reporter_kalut replied at 4-8-2022 03:46 PM
Dasar... Kawin je le soeb oii..
rbmy replied at 4-8-2022 03:59 PM
dia hint dulu supaya netizen tak kecam.
reporter_kalut replied at 4-8-2022 04:01 PM
Dah byk kali bg hint dah tu..
rbmy replied at 4-8-2022 04:19 PM
asal dia teringin dia hint. asal hint dia teringin hahahahhahaha
royaldanish replied at 4-8-2022 04:25 PM
kawen ngan tok bida ka?
guesswho09 replied at 4-8-2022 04:37 PM
Khairul abdullah elok je jaga anak2
Masih belum ada pengganti jgk lagi
ADVERTISEMENT