Apabila berbicara tentang bawah jambatan, segelintir daripada kita terus kaitkannya sebagai port lepak ‘sampah masyarakat’.
Namun hakikatnya, terdapat ramai golongan terdesak dan perlu dibantu, menjadikan ia sebagai satu-satunya tempat berteduh. Menerusi Facebook, usahawan Raja Anita Raja Mukhtar berkongsi kisah sebak menemui 2 beradik sehelai sepinggang yang menetap di bawah jambatan di kawasan Kubang Telaga, Bachok hari ini. Difahamkan, mereka nekad untuk hidup berdikari, susulan ayah mereka menikah baru setelah pemergian ibu tercinta.
Bahkan apabila ditanya adakah mahu tempat tinggal yang lebih selesa, mereka hanya menjawab sekiranya dapat duduk bangsal kecil pun sudah cukup asalkan ada tempat berteduh. Dalam pada itu, Puan Raja Anita turut perasan si abang yang berusia 27 tahun pula seakan mengalami masalah tekanan perasaan. Rentetan itu, pihaknya akan cuba membantu mereka berdua dalam masa yang terdekat. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan dugaan hidup serta nasib pilu 2 beradik berkenaan. Walaupun masing-masing masih muda, namun mereka berpendapat si adik mungkin terbatas untuk mencari rezeki dek keadaan abangnya. FB Raja Anita Sumber: Kisah Dunia
|
arasham replied at 4-8-2022 11:00 AM
Raja zuhud turunlah bantu rakyat. Asyik harap ebit je.
arasham replied at 4-8-2022 11:00 AM
Raja zuhud turunlah bantu rakyat. Asyik harap ebit je.
nolya replied at 4-8-2022 12:17 PM
Percepsi saya bahawasanya orang2 K'tan ni kaya. Rumahnya bergadang dn ada kereta dua tiga bagi s ...
ADVERTISEMENT