CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Tahun Suntik Minyak Berbahaya Pada Otot, Lelaki Mati Sebab Obses Sangat Nak Badan Sado

4-8-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1842| Komen: 6

Description: Brasilia: Seorang ahli bina badan di Brazil, meninggal dunia enam tahun selepas dia mengambil suntikan berbahaya untuk membesarkan saiz ototnya.
Brasilia: Seorang ahli bina badan di Brazil, meninggal dunia enam tahun selepas dia mengambil suntikan berbahaya untuk membesarkan saiz ototnya.

Daily Star melaporkan, Valdir Segato meninggal dunia pada ulang tahun kelahirannya yang ke-55 di Ribeirao Preto, Brazil, baru-baru ini.

Lelaki itu sebelum ini pernah diberi amaran oleh doktor bahawa gaya hidupnya mungkin mempunyai komplikasi yang teruk untuk kesihatan selain berisiko strok dan mendapat jangkitan.


Foto: IG

Bagaimanapun, Segato yang sudah mengumpul 1.6 juta pengikut di TikTok, tetap menyuntik dirinya sendiri dengan sejenis minyak berbahaya.


Dia enggan berhenti melakukan tabiatnya itu dengan alasan sukakan perhatian.

Segato mempunyai saiz bisep luar biasa iaitu 23 inci dan lelaki berasal dari Sao Paulo itu mengagumi bentuk badan karakter The Hulk dan pelakon Hollywood Arnold Schwarzenegger.



"Mereka memanggil saya Hulk, Schwarzenegger dan He-Man sepanjang masa dan saya suka itu.

"Saya sudah menggandakan bisep saya tetapi saya masih mahu menjadi lebih besar," katanya pada 2016.



Di Instagram (IG), Segato yang menggunakan nama 'Valdir Synthol' dan mempunyai ramai pengikut.

Tetapi media tempatan melaporkan bahawa sebenarnya lelaki itu hidup menyendiri.



Difahamkan, dia menyewa sebuah hartanah yang dibina di belakang rumah seorang lelaki bernama Moises da Conceicao da Silva.

Moises berkata, pada hari dia meninggal dunia, Segato meminta bantuan kerana mengalami masalah pernafasan.



"Kira-kira jam 6 pagi, dia datang ke rumah. Kemudian, dia mengetuk tingkap rumah ibu saya berulang kali kemudian bangun dan berkata, tolong saya, tolong saya kerana saya hampir mati," katanya kepada saluran televisyen Brazil, Globo.

Malangnya, Segato tidak dapat diselamatkan, walaupun dia dikejarkan ke unit rawatan kecemasan.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-8-2022 11:32 AM
GELINYAAAAAA TENGOK BADAN BEGINI,
Quote dodolgemok 4-8-2022 12:35 PM
Jijiknya tetek heshe persis nenen pompuan yg menggeleber yah! Cucuk sana sini ujong2 menggelupor kat icu, cash!
Quote Mulotkoyak 4-8-2022 02:02 PM
Ayooo.. Ak sbg seorg berjantina mutant pun geli ya amat. Dh ghupe alien. Tetek nye dh ghupe mcm apoooo...
Quote mamajawie 4-8-2022 02:17 PM
tetek dia cam bubuh silikon..iyeekkk
Quote Artemesiaa 4-8-2022 02:20 PM
Kerja sia-sia
Quote VioletsAre_Blue 4-8-2022 04:18 PM
Bina otot malas nak kerja senang cucuk synthol. Kerja sia2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.079398 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top