Tular di laman sosial, video seorang lelaki bertengkar sebelum menghalau isteri yang baru dikahwininya dua hari, keluar dari rumahnya di wilayah Henan di utara China.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, ia terjadi selepas ibu lelaki berkenaan mengadu mengenai sikap menantunya. Perselisihan faham wanita itu dan ibu mentuanya dikatakan berpunca hanya kerana pendingin hawa. Konflik berlaku apabila wanita yang tidak didedahkan namanya cuba menghidupkan pendingin hawa ketika suhu di negara itu melonjak melebihi 41 darjah Celsius.
Ibu mentuanya bagaimanapun tidak bersetuju kerana bimbang bil elektrik akan melambung tinggi. Ia menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka sebelum ibu mentua wanita itu meninggalkan rumah dalam keadaan marah. Si suami kemudiannya menemui ibunya dan mereka pulang ke rumah, kira-kira tengah malam. Sebelum tiba di rumah, si ibu mengadu kepada anaknya sehingga mencetuskan pergaduhan antara suami isteri itu. Video pertengkaran itu tular selepas dimuat naik naik di platform dalam talian Miaowen, pada 29 Julai dan menunjukkan seorang lelaki menjerit ke arah isterinya. "Adakah saya tidak dibenarkan mengadu mengenai kamu?" Lelaki itu bertanya, dan isterinya menjawab, "Kita sudah bertengkar dua kali." Isteri bertanya kepada suaminya sama ada dia akan menyokongnya apabila berselisih faham dengan ibu mentuanya. Suaminya tidak mengendahkan soalan itu dan terus memaki hamun dan menunjuk ke arah isterinya, yang cuba mencelah, tetapi tidak berjaya. Lelaki itu keluar dari bilik selepas memberi amaran kepada isterinya supaya meninggalkan rumah mereka. Bagaimanapun, tiada maklumat menyatakan sama ada wanita itu benar-benar keluar dari rumah didiaminya. Perdebatan di laman sosial mengenai perceraian di China dan hubungan antara isteri dan ibu mentua mereka tercetus selepas tularnya video berkenaan. Sumber: Harian Metro
|
Zaien replied at 4-8-2022 10:59 AM
slalo tgk video2 china content diorg berlakon pasal cmni la.. mak yg over terpaling..
menantu ppuan ...
Acikgomen replied at 4-8-2022 09:04 PM
Acik lebih suka tgk konten China yg bini bawak balik anak Babi, laki dia beriye siang babi lumur2 ...
Jitu replied at 4-8-2022 09:16 PM
loya tekak baca komen acik
Adrif replied at 4-8-2022 08:40 PM
adik aku kata, lepas kahwin, menantu dengan mak takleh duduk sebumbung
nanti salah sorang akan cuba ...
batu kikir replied at 4-8-2022 10:00 PM
Kenapa ya........mak mertua dan menantu pompuan..........selalu sangat jadi isu. Adakah sebab rasa ...
Acikgomen replied at 4-8-2022 09:04 PM
Acik lebih suka tgk konten China yg bini bawak balik anak Babi, laki dia beriye siang babi lumur2 ...
batu kikir replied at 4-8-2022 10:00 PM
Kenapa ya........mak mertua dan menantu pompuan..........selalu sangat jadi isu. Adakah sebab rasa ...
hashashes replied at 5-8-2022 05:20 AM
Eh biras aku selamber je dok serumah ngan mil aku. Perempuan. Laki dia (adik kepada laki aku) takde ...
Adrif replied at 4-8-2022 08:40 PM
adik aku kata, lepas kahwin, menantu dengan mak takleh duduk sebumbung
nanti salah sorang akan cuba ...
ADVERTISEMENT