|
Seorang wanita dirakam berkelakuan tidak senonoh menerusi siaran langsung Sukan Komanwel 2022, lapor Daily Star. Ketika kamera pihak penyiaran BBC dihalakan ke arahnya, wanita itu berpaling ke belakang sebelum menayangkan punggungnya kepada penonton lain.
Tanpa segan silu, dia turut menggerakkan punggungnya untuk melakukan tarian twerk. Lebih teruk, seluar dalam yang dipakai wanita itu juga terdedah sehingga menjadi tontonan ramai.
Kejadian itu berlaku ketika perlawanan ragbi antara pasukan Afrika Selatan dan Fiji di Birmingham. Afrika Selatan memenangi emas di Stadium Coventry, menewaskan musuh mereka 31-7. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.151926 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.