Seorang wanita dikenali sebagai Ria Puspita Sari adalah bekas dukun 'santet' yang kini sudah bertaubat berkongsi pengalamannya ketika mula mempelajari ilmu hitam. Dia sanggup menipu orang tuanya kononnya dia mengikut perkhemahan hujung minggu.
Demi membawa ilmu hitam itu pulang ke rumah, Ria melakukan beberapa tahap ritual. Dia diminta untuk berpuasa selama 41 hari kemudian selama ritual, orang yang ingin menguasai ilmu hitam itu diuji dengan memakan 13 biji besi.
Gambar hiasan.
Memetik laporan Indozone, Kesemua besi yang ditelan oleh Ria itu terlebih dahulu dijampi oleh sang guru. Tidak hanya itu, salah satu syarat untuk mempelajari ilmu hitam adalah murid harus memakan daging babi mentah. Tidak hanya itu, Ria juga diminta untuk meminum darah ular sebagai syarat kedua.
Kedua-dua syarat berkenaan adalah perkara penting untuk persembahan bagi seseorang yang ingin menguasai ilmu hitam.
Gambar hiasan
Proses belajar ilmu hitam tidak hanya setakat itu, pada hari ke 21, Ria harus di sebat dengan cemeti yang juga sudah dibacakan mantera kononnya sebagai proses memasukan tenaga ke dalam tubuhnya.
Kata Ria, sepanjang proses itu berjalan, dia dapat rasakan tubuhnya panas. Dia mengaku mempelajari ilmu 'santet' kerana menyimpan rasa sakit hati terhadap orang tuanya. Dia mempelajari ilmu hitam itu di Pulau Jawa namun kini menyesali perbuatannya dan mengaku sudah bertaubat.
Gambar hiasan
Menyesal akan semua perbuatannya, masa lalunya itu hanya tinggal cerita yang kini tidak berniat lagi melakukan hal serupa.
Perkongsian itu didedahkan oleh Ria menerusi temubual bersama Denny Sumarga menerusi saluran Curhat Bang Denny Sumargo di platform YouTube. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My