Pendedahan seorang doktor optometrist dikenali sebagai Shahrizal Redwan mengenai risiko Bungee Jumping kepada pesakit rabun tinggi tular di TikTok.
Menerusi video tersebut, doktor Shahrizal berkongsi sebuah kes mengenai seorang pesakit berusia 24 tahun yang mengalami mata merah dan kabur selain turut mengalami pening, terhuyung-hayang, sesak dada dan sakit tengkuk selepas melakukan aktiviti ekstrem tersebut Difahamkan, walaupun kesemua gelaja itu semakin beransur pulih namun dia mata kiriya masih kabur selepas hampir sebulan melalui proses pemulihan.
Jelas Shahrizal, rupa-rupanya mata kiri wanita itu mengalami kecederaan yang lebih serius sehingga terdapat pendarahan di belakang mata. Dalam pada itu, Shahrizal turut berkonsi tips keselamatan yang perlu dilakukan semasa bermain permainan Bungee Jumping. Menurutnya, terdapat pendapat yang mengatakan mata kemerahan itu berlaku kerana seseorang itu bertindak menahan nafas ketika melompat iaitu semasa tali sedang tegang. Dalam hantaran lain, dia turut mendedahkan bahaya menahan bersin kepada mereka yang rabun tinggi. Sumber: BeautifulNara
|
lattehazelnut replied at 2-8-2022 09:00 PM
I selalu tahan bersih.. kalau tempat terlindung sikit baru bersin..
Ye lah time covid ni kalau bersi ...
lattehazelnut: I selalu tahan bersih.. kalau ...
Adrif replied at 2-8-2022 11:28 PM
kalau pakai mask, bersin je. pastu tukar mask baru kalau ada spare
jangan jadi golongan yang paka ...
tumpanglalu74 replied at 3-8-2022 12:30 AM
Kalo nak cari bini atopon somi, carilah yang suke bungee jumping. Itu tandenye mereka sanggop perca ...
ADVERTISEMENT