CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cico Semakin Pulih - Uji Rashid

2-8-2022 07:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5443| Komen: 35|Original author: Tatod


Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid menzahirkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap semakin baik.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Cico secara keseluruhan bertambah baik namun masih perlahan dari segi percakapannya.

"Sebelum PKP selama dua tahun, keadaannya okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar.

"Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun, semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah..." katanya.


Pada April 2018, tular cerita mengatakan anaknya, Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

Menurutnya, dia geram apabila timbul dakwaan yang sengaja diada-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mengakui Cico ada mengalami masalah dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya, keadaan Cico okey. Memang dulu dia susah nak bercakap tapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

"Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya," katanya lagi.



Untuk rekod, Cico, 44, mula berdepan masalah kesiharan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016. 

Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Cico dibawa menjalani rawatan di hospital serta rawatan perubatan Islam.

Walaupun kesihatan Cico semakin pulih namun Uji kesal masih ada segelintir pihak yang terus 'mengitar' semula cerita lama.

"Bodoh... Bodoh... Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik tulis semula. Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang.

"Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan," katanya yang berharap cerita itu segera dihentikan.

Sumber Harian Metro

Uji bagaimanapun turut mendoakan agar mereka yang menganiaya Cico bertaubat atas kesalahan mereka.

"Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari nanti mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha dan bukannya sekadar di mulut.

"Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:19 PM
Semoga cepat sembuh bradah. Lama tak lepak dgn lu. Aku nampak fb lu pun dah on. Syukur Alhamdulillah.. .
Quote rayna_raynes 2-8-2022 10:25 PM
Dia kena stroke ke?
Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:27 PM
rayna_raynes replied at 2-8-2022 10:25 PM
Dia kena stroke ke?

Kena racun dgn org
Quote tikusmontok 2-8-2022 10:40 PM
Knpa sampai kena racun ngan kawan?
Quote imthegirl 2-8-2022 10:44 PM
reporter_kalut replied at 2-8-2022 10:27 PM
Kena racun dgn org

Tak kena hukuman ke yang meracun tu?
Quote hzln 2-8-2022 10:46 PM
Anak saya baik orangnya
Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:48 PM
imthegirl replied at 2-8-2022 10:44 PM
Tak kena hukuman ke yang meracun tu?

Yg ni kena tanya family dia. Tak ada sbrg dakwaan kalau aku tak silap.
Quote imthegirl 2-8-2022 10:55 PM
reporter_kalut replied at 2-8-2022 10:48 PM
Yg ni kena tanya family dia. Tak ada sbrg dakwaan kalau aku tak silap.

Dah kalau betul cukup bukti patut nya dah jadi kes polis. Kesian tak dapat pembelaan.
Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:57 PM
imthegirl replied at 2-8-2022 10:55 PM
Dah kalau betul cukup bukti patut nya dah jadi kes polis. Kesian tak dapat pembelaan.

Mungkin ada cerita lain yg menghalang kes dia ni ke peringkat report polis tu..
Quote Madel 2-8-2022 11:13 PM
Kalau diberi restu kawen dgn kak ipah pokpok kan dah dpt tumpang senang
Quote reporter_kalut 2-8-2022 11:14 PM
Insyaallah kalau ada rezeki aku cover story dia exclusive nanti
Quote marla69 2-8-2022 11:27 PM
reporter_kalut replied at 2-8-2022 11:14 PM
Insyaallah kalau ada rezeki aku cover story dia exclusive nanti

Kami tunggu dengan senang hati.
Quote Anamia 3-8-2022 12:23 AM
Mertua iols berubat kat kedah dgn ustaz sape tah. Jumpa diorg ni berubat jugak. Serasi kot dgn ustaz tu
Quote Purplehaz 3-8-2022 01:42 AM
Syukur lah Cico dh bertambah baik. Ujian dariNya. Ada hikmah besar dia dpt tu.

Dasyat racun santau yg dia kne dlm minuman tu.
Quote uori 3-8-2022 01:55 AM
kena racun sampai macam tu sekali tapi takde report polis ke apa?
Quote reporter_kalut 3-8-2022 02:01 AM
Purplehaz replied at 3-8-2022 01:42 AM
Syukur lah Cico dh bertambah baik. Ujian dariNya. Ada hikmah besar dia dpt tu.

Dasyat racun santau ...

Bukan santau. Tapi betul2 racun kimia.
Quote None68 3-8-2022 02:09 AM
Mcm pelik je, ada apa yg sebenarnya smpi kena racun
Quote ashilalat 3-8-2022 02:16 AM
hzln replied at 2-8-2022 10:46 PM
Anak saya baik orangnya


Huhuhuhu...aku nampak ke arah situ juga.
Quote Nham22 3-8-2022 06:34 AM
Adela kes yg menafikan hak die nak report poliss... Sedihla... Kdg2x manusia ni kejam dgn sesama manusia... Itu saja

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.148107 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top