
Pada April 2018, tular cerita mengatakan anaknya, Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.
Menurutnya, dia geram apabila timbul dakwaan yang sengaja diada-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya mengakui Cico ada mengalami masalah dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya, keadaan Cico okey. Memang dulu dia susah nak bercakap tapi sekarang sudah ada perkembangan positif.
"Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya," katanya lagi.

Untuk rekod, Cico, 44, mula berdepan masalah kesiharan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.
Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Cico dibawa menjalani rawatan di hospital serta rawatan perubatan Islam.
Walaupun kesihatan Cico semakin pulih namun Uji kesal masih ada segelintir pihak yang terus 'mengitar' semula cerita lama.
"Bodoh... Bodoh... Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik tulis semula. Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang.
"Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan," katanya yang berharap cerita itu segera dihentikan.
Sumber Harian Metro
Uji bagaimanapun turut mendoakan agar mereka yang menganiaya Cico bertaubat atas kesalahan mereka.
"Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari nanti mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha dan bukannya sekadar di mulut.
"Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini," katanya. - CARI