"Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya." Demikian kata penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu apabila timbul desas desus mengatakan dia dan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa bakal bernikah pada 16 September depan.
Mas Idayu berkata, perkara itu bakal dikongsikan dalam masa terdekat pada sebuah acara istimewa yang dijalankan pada 21 Ogos ini. "Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi. Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.
"Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar. Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami," katanya kepada Harian Metro.
|
Nizleen86 replied at 2-8-2022 02:22 PM
Dah macam muka Edry Kru aku tengok muka bakal laki mummy ni
KamikuP replied at 2-8-2022 02:49 PM
Selamat Penagntin Baru mummy.. moga kekal bahagia hingga ke Jannah. AAmin
Laki tu teruna ke duda cuo ...
dudaberhias replied at 2-8-2022 04:03 PM
bukan muka bakal laki mami je macam catwoman kertu...
tapi muka mami tu pun dah iras macam eddry k ...
KamikuP replied at 2-8-2022 02:49 PM
Selamat Penagntin Baru mummy.. moga kekal bahagia hingga ke Jannah. AAmin
Laki tu teruna ke duda cuo ...
sukacactus replied at 2-8-2022 08:35 AM
Duda
Dl kawin dgn pengacara tv3 intan suraya
KamikuP replied at 2-8-2022 04:39 PM
Tq cuolls... baru teringat hos nama Intan Suraya..
knp cerai ekk..
ADVERTISEMENT