|
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang memesan nasi ayam rangup sebaliknya mendapat lauk tikus ‘crispy’, lapor laman berita Suara.com.
Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id. Ia memaparkan seorang wanita memesan set nasi ayam rangup di sebuah restoran. Dia kemudian membawa pulang makanan itu untuk dimakan di rumah. Akan tetapi, ketika ingin memakannya, dia mendapati bahagian lauk ayam dalam hidangan itu lain daripada yang lain.
Ini kerana ayam itu mempunyai ekor panjang dan berwarna hitam. Bukan itu sahaja, bentuknya juga seperti seekor tikus. Wanita itu mendapati tekstur lauk itu agak keras dan tidak menyerupai daging ayam. Dia kemudian memanggil ibunya untuk memaklumkan perkara tersebut. Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang menasihati supaya berhati-hati sekiranya membeli makanan di luar. Sumber: Kosmo
|
rospinki replied at 2-8-2022 11:42 AM
Friskis tersenyum sinis
Skuau replied at 2-8-2022 11:45 AM
"gue..enak2 aja di Msia..."-friska
whimsicalmusic replied at 2-8-2022 12:58 PM
Blh die pegang lg..kalo aku da uweekkk xrela nk pegang


tikus tjatuh dlm adunan batter utk greng aym ke. ke mmg msak tikus gnti aym 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.336787 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.