|
Sudah hampir 10 tahun Fendy Bakry bertapak dalam industri seni hiburan tempatan sebagai pelakon. Sepanjang bergelar anak seni, bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2011/2012 itu sudah pun mewarnai kanvas layar lakon dengan deretan buah drama popular seperti Syurga Bukan Percuma, Mr. Grey, Besan Tiga Segi, Tak Sempurna Mencintaimu dan Hati Yang Dikhianati.
Dalam drama yang dilakonkannya, rata-rata Fendy akan membawakan watak lelaki serius atau adakalanya romantik, sesuai dengan genre drama yang dipersembahkan. Namun, untuk pertama kalinya, Fendy atau nama lengkapnya Mohd Affandi Nor Bakri bakal tampil dengan sebuah drama terbaharu yang memerlukan transisi ketara. Dia juga harus mencabar diri melakonkan watak komedi yang begitu asing dengan dirinya.
Teruja, namun pada masa sama bimbang. Itu perasaan yang dapat disimpulkan oleh pelakon berusia 34 tahun itu apabila diberi peranan sebagai Kholid dalam drama Guard Komando siaran TV9.
|

prince_marhaen replied at 2-8-2022 02:12 PM
Kepam dan berkerakkkk...nextttttttttttttttt!!!!

dekmieDandy replied at 3-8-2022 09:36 AM
pernah nampak IRL, memang berkerak rupanya, sebab ada skin condition kot
tapi acik gomen sebelam n ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.044059 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.