View: 1530|Reply: 11
|
Asyik Serius Je, Fendy Bakry Jadi Pak Lawak Pula-Menjadi Ke Tak?
[Copy link]
|
|
Sudah hampir 10 tahun Fendy Bakry bertapak dalam industri seni hiburan tempatan sebagai pelakon.
Sepanjang bergelar anak seni, bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2011/2012 itu sudah pun mewarnai kanvas layar lakon dengan deretan buah drama popular seperti Syurga Bukan Percuma, Mr. Grey, Besan Tiga Segi, Tak Sempurna Mencintaimu dan Hati Yang Dikhianati.
 Foto: IG
Dalam drama yang dilakonkannya, rata-rata Fendy akan membawakan watak lelaki serius atau adakalanya romantik, sesuai dengan genre drama yang dipersembahkan.
Namun, untuk pertama kalinya, Fendy atau nama lengkapnya Mohd Affandi Nor Bakri bakal tampil dengan sebuah drama terbaharu yang memerlukan transisi ketara. Dia juga harus mencabar diri melakonkan watak komedi yang begitu asing dengan dirinya.
Teruja, namun pada masa sama bimbang. Itu perasaan yang dapat disimpulkan oleh pelakon berusia 34 tahun itu apabila diberi peranan sebagai Kholid dalam drama Guard Komando siaran TV9.
Fendy mengakui wataknya sebagai Kholid dalam drama tersebut sangat mencabar kerana pertama kali memainkan karakter komedi sekali gus menguji sejauh mana bakatnya sebagai seorang pelakon.
“Bila ditawarkan watak untuk berlakon dalam drama komedi, saya jadi bimbang kerana terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk membuatkan penonton ketawa memandangkan ini kali pertama saya membawakan watak kelakar.
“Selepas berbincang dengan isteri, saya rasa ini peluang yang baik untuk saya mencuba sesuatu yang baharu. Sebelum ini saya sudah biasa dengan drama berkaitan kisah-kisah cinta.
“Jadi saya harap penonton dapat menilai sendiri bakat saya apabila membawakan watak dalam genre komedi,” katanya kepada Pose!
Ditemui sidang media virtual drama Guard Komando baru-baru ini, Fendy turut berkongsi keseronokan sepanjang terbabit dalam penggambaran drama yang turut dibintangi pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau, Mark Adam dan Jiggy Masin itu.
“Saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama Guard Komando ini kerana kami saling membantu, rapat dan umpama sebuah keluarga besar. Saya juga dapat membiasakan diri dengan pelakon-pelakon lain.
“Walaupun saya tiada asas berlawak dan dikata seorang yang serius, tapi saya tidak bersendiri apabila di set penggambaran.
“Saya mesti bergaul dengan semua pelakon lain dan kami dapat mewujudkan keserasian yang baik sebagai satu keluarga.
“Sampai sekarang pun, kami masih bertanya khabar,” kata pelakon yang pernah membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular 2018 itu.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ingatkn dia mmg dari program rajalawak |
|
|
|
|
|
|
|
bila kau sendu. watak pondan pun kau akan sapu atas alasan - kepelbagaian watak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam dan berkerakkkk...nextttttttttttttttt!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagitahu dah takde job ke tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
pernah nampak IRL, memang berkerak rupanya, sebab ada skin condition kot
tapi acik gomen sebelam ni tetap lar 'ehhh hensemnya' 
|
|
|
|
|
|
|
|
acik-acik gomen yang rembes bila jumpa kat booth jualan hari gaji gomen tu..ucop mentor pun diorang kata berair cikpet....yihhh! |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya nak jadi pelawak tapi kualiti tu penting |
|
|
|
|
|
|
|
minat dia ni. kelakar sgt ritu berlakon citer apa ntah kat astro, ngan azar |
|
|
|
|
|
|
|
Dah semua pakat nak jd pak lawak pulekss.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|