CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Muda Kecanduan Kondom Berperisa

2-8-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1935| Komen: 6

Kondom berperisa kini menjadi ketagihan segelintir anak muda di wilayah Durgapur di Benggala Barat untuk mendapatkan rasa khayal, lapor Insider yang memetik saluran televisyen tempatan India, News 18.


"Sebelum ini, tiga hingga empat paket kondom dijual setiap hari. Kini, pek kondom hilang dari kedai," kata seorang pekedai sebuah kedai ubat kepada News 18.


Gambar hiasan

Menurut News 18, poliuretana akan terbebas ke udara apabila kondom berperisa direndam di dalam air panas dan akan menyebabkan rasa khayal, menurut portal Vice.

Poliuretana adalah bahan plastik yang digunakan dalam produk seperti penebat bangunan, bahagian kereta dan pelekat, menurut laman web poliuretana.


Vice memaklumkan kondom biasanya dibiarkan direndam di dalam air, selama enam hingga lapan jam, sebelum seseorang meminum air berkenaan.

Dheeman Mandal, seorang pekerja di Hospital Bahagian Durgapur, memberitahu News 18 bahawa proses itu menyebabkan ketagihan.

"Kondom mengandungi sebatian aromatik. Ia membentuk alkohol hingga seseorang ketagih. Sebatian aromatik ini juga terdapat dalam gam dendrite. Begitu ramai orang menggunakan gam dendrite untuk ketagihan juga," kata Mandal kepada News 18.

Pakar memberitahu Vice bahawa minum air kondom berperisa mempunyai kesan yang buruk.

"Meminum air ini boleh menyebabkan mabuk dan ketagihan.

"Jika diambil berulang kali, ia akan memberi kesan negatif kepada paru-paru dan buah pinggang, serta membahayakan sistem saraf badan," kata pakar perubatan dalaman di Hospital Fortis, Kolkata, Joydeep Ghosh kepada Vice.

Sementara itu, ketua penjagaan kritikal di Hospital SL Raheja di Mumbai, Sanjith Saseedaran dalam perbualan dengan Vice memaklumkan pengambilan jangka panjang ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 2-8-2022 12:41 PM
aneh2 je perangai bangsa leluhur manuskrip belah asia tengah ni..
Quote KamikuP 2-8-2022 02:54 PM
Terlebih karipuley barangkali
Quote _blackbird 2-8-2022 03:46 PM
thanikkkk oneyyy...!!!
Quote pekanwoohoo 2-8-2022 03:55 PM
Okay lah tu. Rakyat pun dah berbilion, papa kedana pun lebih setengah kot entah-entah. Setakat ramai ni punya orang bukan masalah besar.
Quote reporter_kalut 2-8-2022 03:57 PM
Kondom perisa cabai
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2022 03:58 PM
Maklumlah lubang faraj pun berbau ikan masin, perlulah diwangikan dengan perisa strawberi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050240 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top