CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Sibuk Siapkan Makanan Tak Sedar Anak Dah Tertiarap Lemas Dalam Kolam Renang

2-8-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8784| Komen: 145

Description: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas di kolam renang sebuah inap desa di Kuala Kangsar ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kejadian pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten ...
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas di kolam renang sebuah inap desa di Kuala Kangsar ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kejadian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bahtiar Yaacob berkata, kejadian hanya disedari ibunya pada jam 6.30 petang yang mencari mangsa di kolam berkenaan.


Gambar hiasan

Menurutnya, kira-kira jam 6 petang, bapa kanak-kanak tersebut melihat anaknya bermain bersama anak saudara yang lain sebelum masuk ke dalam kawasan inap desa bagi menyiapkan makanan.

"Ketika ibu mangsa sedang mencarinya mendapati kanak-kanak itu berada di kolam renang dewasa dalam keadaan tertiarap. Semasa kejadian terdapat beberapa orang dewasa sedang sibuk membuat persiapan makanan dan kanak-kanak yang bermain di bahagian luar.


"Namun, kesemuanya tidak perasan bagaimana mangsa boleh berada di dalam kolam renang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Omar Bahtiar, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin kira-kira jam 1.10 pagi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian lemas.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar ditalian 05-7762222.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 2-8-2022 11:24 AM
Kesiannya... Innalillah

Quote prettyuglybabe 2-8-2022 11:26 AM
bila la malaysia ni nak ada law dakwa mak bapak penjaga cuai..
Quote Diamje 2-8-2022 11:38 AM
Masalahnya budaya org kita ni kalau jumpa sedara mara,mak² kene g dapur, ayah kene buat kerja rencam. Kalau duduk saja tgk anak nanti kene cerca..
Quote becir 2-8-2022 11:39 AM
Boleh tak hati keladak speku parents pun sama pakat lepas tangan expect orang lain tengokkan anak dia
Quote manehnya 2-8-2022 11:42 AM
kesemuanya tidak perasan bagaimana mangsa boleh berada di dalam kolam renang tersebut,


yang pergi ramai, tapi sapa pun x perasan, semua bz benor, besar sgt  ka rumah tu

maaf cakap, parents cuai.. anak baru 4thn

harapkan org lain jg diri sendiri sibuk menyibukkan.. pastu up bideo anak tu tgh nazak untk tontonan umum... zaman skrg mmg mcmni ya parents?
Quote twins 2-8-2022 12:17 PM
family gathering kot ni... tak pun re-union makpak ...
tak berani nak lepas cakap salahkan sesiapa.. benda dah nak jadi...
Quote pooh~key 2-8-2022 12:19 PM
manehnya replied at 2-8-2022 11:42 AM
yang pergi ramai, tapi sapa pun x perasan, semua bz benor, besar sgt  ka rumah tu

maaf cakap, par ...

Serius ada video sis? Ada link sis?
Quote krustykrab 2-8-2022 12:25 PM
Gigih sgt nk ber family day, masak itu ini sampai tak terjaga anak2.
Org cuti nak relaks dgn anak2, bukan nk memasak bagai.
Quote black_handbag 2-8-2022 12:27 PM
bawak anak ke sungai,kolam renang ni janganlah harapkan sesiapa tengokkan anak2. jaga sendiri. orang lain tu biasanya nak kena jaga anak dia jgk
Quote Buritan 2-8-2022 12:29 PM
Diamje replied at 2-8-2022 11:38 AM
Masalahnya budaya org kita ni kalau jumpa sedara mara,mak² kene g dapur, ayah kene buat kerja renca ...

Aku mase anak baby.. mata aku melekat kat anak.. blk rumah mak tua pun aku bkn bg sgt depa pegsng.. sakit kang aku yg nangiss..
Quote white_musk 2-8-2022 12:37 PM
Orang malayu apabila family dah reunion sememangnya makanan adalah agenda utama

Quote Sazreena 2-8-2022 12:41 PM
Memasing pun suma hp berjahit kat tangan..pastu assume dia ni yg jaga, yg diassume pun husnuzon ada org lain yg jaga. Begitulah kitarannya.
Quote sarahmirza 2-8-2022 12:42 PM
white_musk replied at 2-8-2022 12:37 PM
Orang malayu apabila family dah reunion sememangnya makanan adalah agenda utama

Makanan mmg menyatukan manusia tapi nak memenatkan badan demi reunion kononnya mmg takde la dlm dictionary i....
Alangkan raya pun kami order je makanan dari.orang... Setakat masak mudah2 tu boleh la...

Ni lagi la kalau cuti2 msia...
Tak faham kenapa nak sibuk2 masak bagai...
Cuti is cuti, enjoy dgn family...
Bukan masak dgn ipar biras duai segala
Quote white_musk 2-8-2022 12:46 PM
sarahmirza replied at 2-8-2022 12:42 PM
Makanan mmg menyatukan manusia tapi nak memenatkan badan demi reunion kononnya mmg takde la dlm di ...

Kalau tidak memasakan bagaimana untuk tunjuk siapa paling hebat haa begitu ya

tak malayulah jika tidak tunjuk menunjuk
Quote sarahmirza 2-8-2022 12:49 PM
white_musk replied at 2-8-2022 12:46 PM
Kalau tidak memasakan bagaimana untuk tunjuk siapa paling hebat haa begitu ya

tak malayulah ji ...

Masak kat rumah then upload la dlm socmed...
Skrg mcm tu nak tunjuk siapa hebat masak
Quote JunkMail 2-8-2022 12:50 PM
Bodohnya mak bapak dgn segala manusia dewasa situ.. sekor pun tak reti nak perati budak umur 4 tahun main kat kolam? Biar je? Bodoh lahhh.. mohon jgn membiak lah korang ni
Quote Artemesiaa 2-8-2022 12:51 PM
Jelas ada kecuaian disitu kanak2 mana boleh dibiarkan sendiri tampa pengawasan orang dewasa
Quote Artemesiaa 2-8-2022 12:52 PM
sarahmirza replied at 2-8-2022 12:42 PM
Makanan mmg menyatukan manusia tapi nak memenatkan badan demi reunion kononnya mmg takde la dlm di ...

Nak bercuti tapi masih nak berjimat mana tak gigih mereka2 ni masak2 macam tu.
Quote Supersirap 2-8-2022 12:54 PM
Sangat sedih dengan kejadian ini, tidak boleh bayang jika berlaku kepada keluarga kita, salam takziah

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054496 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top