CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teresak-esak Kesakitan Dua Kaki Digilis Ketika Nyenyak Tidur Di Landasan

2-8-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2261| Komen: 17

Seorang lelaki di Thailand kehilangan kakinya akibat digilis kereta api selepas tertidur di landasan kerana mabuk, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Insiden berlaku Sabtu lalu di perbandaran Nong Prue di daerah Lamung, Chon Buri. 

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dianggarkan berusia 40 tahun. Dia dikatakan sangat mabuk ketika ditemui Polis Nong Prue yang menerima aduan kes itu pukul 4.30 petang (waktu tempatan).


Pattaya News

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan kerana kakinya putus akibat digilis kereta api yang melalui landasan.


Polis menemui botol arak jenis wiski Thai berhampiran lokasi kejadian. Mangsa didapati menghabiskan sebotol minuman keras itu dan sangat mabuk lalu tertidur di landasan kereta api dengan meletakkan kaki di atas landasan, manakala kepala dan badannya di tepi landasan.

Semasa kereta api menghampirinya, konduktor kereta api ternampak sesuatu di hadapan landasan dan memberitahu kakitangannya. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas dan menyangka ia adalah sejenis kayu atau sesuatu yang serupa, menghalang trek.

Walaupun mereka berhasil mengesan seorang lelaki pengsan di landasan, kereta api itu tidak dapat dihentikan dengan cukup pantas untuk mengelak perlanggaran.

Lelaki itu dibawa ke hospital tempatan bersama-sama dua kakinya yang terputus pada paras lutut. 

Menurut maklumat terkini yang diperoleh, mangsa masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia dijangka bertahan hidup tetapi kakinya tidak mungkin boleh disambung semula. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-8-2022 03:05 PM
Sian dia dah tekade kaki
Quote pooh~key 2-8-2022 03:10 PM
Tergilis buah pelir sekali ke tewww sistah?
Quote ezacbee 2-8-2022 03:31 PM
Isk kalau kepala kat landasan. Hilang nyawa terus.

Pasni jangan minum lagi. Hilang badan lak.
Quote Artemesiaa 2-8-2022 03:36 PM
Sendiri cari bala bila mabuk mudah mengundang bahaya
Quote CariMalay 2-8-2022 09:15 PM
Aku pun dulu selalu mabuk, teruk pulak tu, tapi tak pernah pulak tidur kat tempat2 yang tak patut macam landasan kereta api ni
Quote CariMalay 2-8-2022 09:16 PM
Benda boleh kawal tapi tak nak kawal. Sengaja tidur atas landasan. Bodo
Quote faraway1 2-8-2022 09:17 PM
Lepas ni harap insaf dan tak mabuk, anyway susah lah nak berjalan nak beli minuman keras sebab dah takda kaki
Quote makadek 2-8-2022 09:46 PM
Tak mati pulak yw
Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:05 PM
Ngilu pulak kaki aku
Quote monreyes 2-8-2022 10:07 PM
patutnya kepala tu yg kat landasan...
Quote myakayina 3-8-2022 04:22 PM
sbb tu jgn minum arak.. araklah punca terjadinya sesuatu benda yg tak elok..
Quote AshkieLa 3-8-2022 04:29 PM
giler ahhh....
dah mabuk lagi mau sangkut2 kaki atas landasan..
ko ingat atas batu kat tepi pantai ke ape...
Quote Adakah? 3-8-2022 04:53 PM
tak pasal2 bergelar OKU
Quote Xim 3-8-2022 08:50 PM
Tringt kenangan 1st time tgk org mabuk trtdo dpn kedai...ingtkn ada kes bunuh
Quote I.K.A888990 4-8-2022 02:54 AM
ya ampun
sbb tu la jgn duk teguk benda bodoh tu
kan dah mkn diri
Quote mijot 4-8-2022 04:11 AM
sendiri cari  pasal...
Quote boo05 24-11-2024 10:12 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058715 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top