View: 1495|Reply: 17
|
Teresak-esak Kesakitan Dua Kaki Digilis Ketika Nyenyak Tidur Di Landasan
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Thailand kehilangan kakinya akibat digilis kereta api selepas tertidur di landasan kerana mabuk, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
Insiden berlaku Sabtu lalu di perbandaran Nong Prue di daerah Lamung, Chon Buri.
Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dianggarkan berusia 40 tahun. Dia dikatakan sangat mabuk ketika ditemui Polis Nong Prue yang menerima aduan kes itu pukul 4.30 petang (waktu tempatan).
Pattaya News
Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan kerana kakinya putus akibat digilis kereta api yang melalui landasan.
Polis menemui botol arak jenis wiski Thai berhampiran lokasi kejadian. Mangsa didapati menghabiskan sebotol minuman keras itu dan sangat mabuk lalu tertidur di landasan kereta api dengan meletakkan kaki di atas landasan, manakala kepala dan badannya di tepi landasan.
Semasa kereta api menghampirinya, konduktor kereta api ternampak sesuatu di hadapan landasan dan memberitahu kakitangannya. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas dan menyangka ia adalah sejenis kayu atau sesuatu yang serupa, menghalang trek.
Walaupun mereka berhasil mengesan seorang lelaki pengsan di landasan, kereta api itu tidak dapat dihentikan dengan cukup pantas untuk mengelak perlanggaran.
Lelaki itu dibawa ke hospital tempatan bersama-sama dua kakinya yang terputus pada paras lutut.
Menurut maklumat terkini yang diperoleh, mangsa masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia dijangka bertahan hidup tetapi kakinya tidak mungkin boleh disambung semula.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tergilis buah pelir sekali ke tewww sistah? |
|
|
|
|
|
|
|
Isk kalau kepala kat landasan. Hilang nyawa terus.
Pasni jangan minum lagi. Hilang badan lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cari bala bila mabuk mudah mengundang bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dulu selalu mabuk, teruk pulak tu, tapi tak pernah pulak tidur kat tempat2 yang tak patut macam landasan kereta api ni |
|
|
|
|
|
|
|
Benda boleh kawal tapi tak nak kawal. Sengaja tidur atas landasan. Bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni harap insaf dan tak mabuk, anyway susah lah nak berjalan nak beli minuman keras sebab dah takda kaki |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya kepala tu yg kat landasan... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu jgn minum arak.. araklah punca terjadinya sesuatu benda yg tak elok.. |
|
|
|
|
|
|
|
giler ahhh....
dah mabuk lagi mau sangkut2 kaki atas landasan..
ko ingat atas batu kat tepi pantai ke ape... |
|
|
|
|
|
|
|
Tringt kenangan 1st time tgk org mabuk trtdo dpn kedai...ingtkn ada kes bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun
sbb tu la jgn duk teguk benda bodoh tu
kan dah mkn diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|