CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seminggu Gigih Jahit Baju Untuk Isteri, Suami Dikecam Terlalu Over Pergi Majlis Kahwin

2-8-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5770| Komen: 32

Klang: "Setiap suami ada cara tersendiri untuk menghargai isteri, jadi terpulanglah apa orang nak kata," kata pempengaruh Tik Tok, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 30.


Beliau memberi reaksi itu selepas video terbaru dimuat naik di Tik Tok, @prince.syed.syahid.real dan Instagram @prince_syed_syahid mendapat kecaman segelintir netizen.

Foto: IG

Menerusi video itu, Syed Muhammad Shah Hasif dan isteri, Fatin Syazwani Ishak, 24, hadir ke majlis perkahwinan dengan menggayakan persalinan sedondon berwarna campuran kuning serta kelabu.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa gaya mereka keterlaluan selain mempersoalkan kegigihan Syed Muhammad Shah Hasif menjahit pakaian untuk isterinya.




"Video itu diambil ketika saya hadir ke perkahwinan sepupu isteri di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. Perkongsian itu biasa saja sebenarnya, namun pakaian kami menjadi bahan kecaman netizen.

"Pakaian itu saya jahit sendiri pada saat akhir dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan, malah memang dibuat khas untuk majlis berkenaan.



"Cuma, saya ada baca beberapa komen mempersoalkan mengapa saya tidak beli pakaian siap saja daripada membuang masa menjahit sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syed Muhammad Shah Hasif berkata, dia tidak pasti apa motif pemakaiannya dipersoalkan kerana ia dilakukan untuk menggembirakan isterinya.



"Sebenarnya, sejak dulu lagi saya suka menyiapkan isteri terutama pakaiannya... jadi ia bukan satu isu. Kini, isteri sedang hamil anak kedua kami dan bukan semua baju di luar sesuai dengan potongan badannya menyebabkan saya perlu menjahitnya sendiri.



"Lagipun, saya ada kemahiran menjahit... cuma ada tidak senang. Bagaimanapun, ada juga komen positif. Apa yang dikongsi ini untuk memberi inspirasi kepada suami mahupun isteri bagi menghargai pasangan mereka," katanya yang pernah tular kerana menjahit 30 pasang baju raya untuk isterinya. -CARI

Sumber: Harain Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 2-8-2022 10:14 AM
Wah kau dah mengalahkan pengantin kat situ.
Quote cikatilia 2-8-2022 10:17 AM
muka lelaki tu dah mcm level2 annabelle versi arbok
Quote Cpkay 2-8-2022 10:17 AM
kapel ni mmg jenis over sangat dalam fashion.. tapi cafe diorang cantik .. sweet je
Quote chinta89 2-8-2022 10:27 AM
serious talk aku benci dh dgnberita sampah dari influencer ke, pembuat produk timbnag kati ke, tiktokers ke ape ke yg suka buat benda merapu. ape ingat elok ke dressing mcm tu gi majlis org mcm ko plk pengantin over sgt pakaiannya pun. kau x sabar tgu zaman suram geng2 buat benda bodo ni sb muak duk baca news x berfaedah. nk santai, santai jgk baca benda ringan2 tp itulah berita mcm ni mmg selayaknya x wujud pun.

benda bodo-viral-pemes-buat duit-ulang2 sampai AJM
Quote yum3 2-8-2022 10:40 AM
Tak. aku nak sgt tgok muka mamt ni yg original. Cam pelik naw2  gambo  mamat ni, Semua pakai filter yg over2 wehhh.  
Quote yum3 2-8-2022 10:40 AM
Tak. aku nak sgt tgok muka mamt ni yg original. Cam pelik naw2  gambo  mamat ni, Semua pakai filter yg over2 wehhh.  
Quote prince_marhaen 2-8-2022 11:29 AM
arbok foundation kelabu ni memang semak dekat tiktok..bini pun melayan laki memondan macam alep sukri...janji duit timbang kilo masukkkkk... mekap lagi tebal dari bini dia macam bapok binatang dika pelat tu... kira bini dia tinshida versi mamak gittew... filter 200 lapis, tapi bila tengok gambar & video tag diorang semua berkerak je muka..
Quote prettyuglybabe 2-8-2022 11:37 AM
dkk sangat muka dorang ni..
Quote Samerosie 2-8-2022 12:06 PM
Oklah bini dia kan, tapi kenapa baju kau pula macam sarung apron je pulak.
Quote KamikuP 2-8-2022 12:24 PM
Pandai dia jahit utk isteri. Laki sheolls ni sejenis gayah ke haaa?
Quote mamajawie 2-8-2022 12:46 PM
harap si bini kecikkan la sikit badan tu x pun pakai baju besar sikit..ni kalau baju tu benda bernyawa mau menjerit baju tu dari start pakai sampai habis pakai..aku yg tengok pun sesak..
Quote mamajawie 2-8-2022 12:48 PM
prince_marhaen replied at 2-8-2022 11:29 AM
arbok foundation kelabu ni memang semak dekat tiktok..bini pun melayan laki memondan macam alep sukr ...

Ya Allah sekali nafas ye ko hembos si arbok pondesen kelam kelabu ni..i loike..haha

Quote Sazreena 2-8-2022 12:59 PM
Yakin bethol ko eh walaupun dah supa ah kua belakang lorong. Yg gambar dia kat ig pakai rambut pelesu tu buruk giler. Sampah sesampah sampahnya.
Quote whimsicalmusic 2-8-2022 01:11 PM
Mula2 tgk ingtkn laki yg ade lesung pipit kt hidung tu
Quote AshkieLa 2-8-2022 01:22 PM
lantak ko la nak jahit kan baju bini ko over2 sapu lantai kalau itu majlis ko..
tapi gi majlis kahwin orang..pakaian over the top sangatlah biadab kepada pengantin yachhh...
center of attention on that day is the bride and groom.. not you laki bini yg lapar perhatian..

Quote matchstick 2-8-2022 01:43 PM
sapo ni..tak cukup tanah poremer mengeji
Quote videcloset 2-8-2022 01:53 PM
rugi betul buat baju mcm nak rak skali wedding kat rumah panas2 buta. lain lah kalau buat kat hotel ke apa, baru berbaloi the "dress up" tu. and potong betul bila tgk handbag bini besar gabak in baby blue kat meja makan tu
Quote renko 2-8-2022 04:11 PM
sapa babi babian ini
Quote mawarkhayalan99 2-8-2022 04:50 PM
ponenn kah laki sheols ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.107781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top