Sydney: Dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi ditemukan terbaring mati di flat di sini dan mereka dipercayai sudah meninggal dunia selama sebulan.
Metro UK melaporkan polis masih tidak dapat menentukan punca dua beradik perempuan itu meninggal dunia. Mayat Asra Abdullah Alsehli, 24, dan Amaal Abdullah Alsehli, 23, ditemukan di flat di kawasan Canterbury di sini, pada 7 Jun lalu. Kegagalan mereka membuat bayaran sewa membawa kepada pemeriksaan pasukan kebajikan di alamat berkenaan.
Polis terkejut apabila menemui dua mayat yang sudah mereput di dalam apartmen itu. Tiada tanda-tanda pencerobohan di rumah dua beradik itu dan tiada punca yang jelas dikaitkan dengan kematian mereka. Terdahulu, sebuah portal mendedahkan dua beradik itu berasal dari Arab Saudi sambil menambah bahawa mereka mempunyai 'hubungan baik'. Konsulat Arab Saudi di Sydney dilaporkan membantu siasatan polis susulan kematian tragis itu. Kedua-dua adik perempuan itu dikatakan meninggalkan Arab Saudi pada 2017. Mereka dikatakan sangat jarang dilihat di bangunan pangsapuri mereka. Tiada siapa yang pada mulanya menyedari apa-apa yang tidak kena di bangunan pangsapuri itu sehinggalah selepas mereka ditemukan meninggal dunia. Kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tumpanglalu74 replied at 28-7-2022 07:09 PM
TIMELINE
2017: It is understood Asra Abdullah Alsehli, 24, and Amaal Abdullah Alsehli, 23, fled Sau ...
Tinot7 replied at 28-7-2022 08:49 PM
Perrgghh.. refugee ka? Bawak bimmer..
SalenaGomez replied at 28-7-2022 08:59 PM
Gang2 sajat…i mean mcm sajat la, refugee juga kan…bawak beemer
SalenaGomez replied at 28-7-2022 08:59 PM
Gang2 sajat…i mean mcm sajat la, refugee juga kan…bawak beemer
Tinot7 replied at 28-7-2022 09:28 PM
Sajat bawak bimmer ka? Voley survive ka dgn bisnes bengkung jahh? Jados pun dah lari, kan?
Yg adi ...
Decaffeinated replied at 28-7-2022 11:50 PM
Sajat pun memula dulu duduk kat Canterbury.
Ramai Pak Arab area ni. Street whore pun aktif (the o ...
3chanceno replied at 28-7-2022 10:58 PM
Ngerinya cerita nie mana dorang dapat $ kalau tak keja?
she replied at 28-7-2022 11:12 PM
Kesian depa
Dah ler muda lagi
Duduk berdua pun tak selamat
ADVERTISEMENT