CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Ayah Kata Anak 7 Tahun Hilang Jam 4 Pagi, Akhirnya Mayat Dijumpai Dalam Mesin Basuh Di Rumah

1-8-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3735| Komen: 21

Description: Houston: Seorang kanak-kanak lelaki di Texas, Amerika Syarikat ditemukan mati di dalam mesin basuh beberapa jam selepas ibu bapanya melaporkan dia hilang pada pagi Khamis lalu, kata Pejabat Syerif Har ...
Houston: Seorang kanak-kanak lelaki di Texas, Amerika Syarikat ditemukan mati di dalam mesin basuh beberapa jam selepas ibu bapanya melaporkan dia hilang pada pagi Khamis lalu, kata Pejabat Syerif Harris County (HCSO).


Troy Khoeler, 7, yang berasal dari Texas itu ditemukan di dalam mesin basuh muatan atas di garaj rumahnya di Rosegate Drive, Birnamwood.

Portal Independent melaporkan Troy dilaporkan hilang kepada polis, kira-kira 5.20 pagi.

Ibu bapanya memberitahu detektif bahawa mereka mula-mula menyedari Troy hilang, kira-kira 4 pagi.



Foto: Independent

Dua jam kemudian, detektif menemui budak lelaki itu di dalam mesin basuh di rumah itu selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kejiranan dan kawasan lain.

Detektif tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai punca kematian budak lelaki itu.

Leftenan Robert Minchew dari HCSO berkata, pihaknya belum mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kejadian itu tetapi berhasrat untuk mengetahuinya.

"Sama ada dia mati disebabkan termasuk ke dalam mesin basuh atau dibunuh dan diletakkan di dalam mesin basuh itu, kami masih menjalankan siasatan...saya masih belum boleh mengulas perinciannya," katanya.

Dia mengesahkan bahawa Troy berpakaian ketika mereka menemuinya tetapi tidak memberikan butiran, termasuk jika terdapat air di dalam mesin atau jika penutup mesin itu ditutup.

Maklumat mengenai budak lelaki itu hilang pertama kali didedahkan oleh polis Presint 4 HCSO Konstabel Mark Herman, di Twitter.

Polis kemudian mengesahkan kematian budak itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan jenayah sedang dijalankan sila elakkan kawasan itu. Kami meminta doa semua orang untuk keluarga," kata kenyataan polis.

Ibu bapa itu dibawa menaiki kereta peronda polis untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, tiada tangkapan atau pertuduhan dibuat setakat ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 1-8-2022 04:56 PM
bau ikan di situuu
Quote tri-max 1-8-2022 05:14 PM
mesti rumah tu bakalan berhantu washing machine
da la kat basement, sunyi , gelap mmg kawasan entity la
Quote Artemesiaa 1-8-2022 05:24 PM
Kerja amatur selalu macam tu
Quote CariMalay 1-8-2022 06:18 PM
Budak kecil memang suka main tempat sempit macam mesin basuh. Aku pun dulu macam tu jugak
Quote MrCody 8-8-2022 08:15 PM
kesiannya budak ni. harap harap ada keadilan untuk dia. sebab tu bahaya beli mesin yg besar besar ni aku prefer mesin kecik je nak ambik baju pun senang
Quote Khalidmimi 9-8-2022 08:27 PM
MrCody replied at 8-8-2022 08:15 PM
kesiannya budak ni. harap harap ada keadilan untuk dia. sebab tu bahaya beli mesin yg besar besar ni ...

betulll lagipun untuk rumah kecik kita pakai mesin kecik ajela janji baju terbasuh dengan bersih. mesin aku tengah rosak nii tengah dok survey mesin baru
Quote kakakyee 10-8-2022 07:16 AM
MrCody replied at 8-8-2022 08:15 PM
kesiannya budak ni. harap harap ada keadilan untuk dia. sebab tu bahaya beli mesin yg besar besar ni ...

kadang2 kan mak bapak bukan sengaja tapi tulah untuk pengajaran orang lain kita boleh elak bende ni dari berulang..
Quote sunnybear 10-8-2022 07:18 AM
Khalidmimi replied at 9-8-2022 08:27 PM
betulll lagipun untuk rumah kecik kita pakai mesin kecik ajela janji baju terbasuh dengan bersih.  ...

awk ada ank kecil tak? kalau ad, awk kena cari yg ada auto child lock. nnti baru budak2 takleh bukak mesin basuh walaupun masa tu mesin basuh tgh gerak
Quote spankee_fili 10-8-2022 07:24 AM
sunnybear replied at 10-8-2022 07:18 AM
awk ada ank kecil tak? kalau ad, awk kena cari yg ada auto child lock. nnti baru budak2 takleh buk ...

Time nak unlock pun jangan bagi anak tengok sebab dorang cepat belajar
Quote maharani_gebu 10-8-2022 10:09 AM
budak tu 7 tahun yer.... bukan 7 bulan... kalau termasuk mustahil tak blh keluar sendiri.....

lagi satu kalau tgk pada rupa mesin basuh tu taklah besar mana... dalam 7-8kg punya jer...

hanyir sangat ni baunyer.....
Quote maharani_gebu 10-8-2022 10:10 AM
Lagi satu katanya mesin tu jenis muatan atas.... biasenyer tolak dgn jari je dah blh terbuka...lainlah ada bnda berat lain yg diletakkan atas tu.....
Quote she 10-8-2022 11:19 AM
7 tahun
Muat ke tub mesin tu
Kalau tertungging masuk
Masih boleh naik semula
Kalau dalam keadaan macam fetus
Dibunuh disimpan situ lah tu
Quote Khalidmimi 10-8-2022 08:33 PM
sunnybear replied at 10-8-2022 07:18 AM
awk ada ank kecil tak? kalau ad, awk kena cari yg ada auto child lock. nnti baru budak2 takleh buk ...

adaa. oh yeke alamak machine yg skrg ni takde auto child lock. kena beli baru ke nii risau pulak
Quote sunnybear 11-8-2022 08:11 AM
Khalidmimi replied at 10-8-2022 08:33 PM
adaa. oh yeke alamak machine yg skrg ni takde auto child lock. kena beli baru ke nii risau pulak

pelik juga tu sebb biasanya mesin basuh zaman skrg mmg standard ada child lock. awk punya mesin basuh beli tahun berapa?
Quote Khalidmimi 11-8-2022 08:36 PM
sunnybear replied at 11-8-2022 08:11 AM
pelik juga tu sebb biasanya mesin basuh zaman skrg mmg standard ada child lock. awk punya mesin ba ...

dah lama dah awak. tengah survey nak beli yg baru... nak yg kecik tapi boleh basuh baju dgn bersih. yela skrg zaman covid ni kena make sure baju betul betul bersih
Quote Meiizu 11-8-2022 08:46 PM
MrCody replied at 8-8-2022 08:15 PM
kesiannya budak ni. harap harap ada keadilan untuk dia. sebab tu bahaya beli mesin yg besar besar ni ...

Setakat 3/4 org washing machine 7kg just nice.
Boleh basuh selang sehari dua...yg besar2 ni nak kena tunggu baju byk.

Quote Tinot7 11-8-2022 09:05 PM
Takkan baru prasan pkl 4 pagi? Sblm tidoq tak ucap nite2 ka?
Quote sharlenetexas 11-8-2022 09:10 PM
Jadi thread dialog mesin basuh pulak ke?


Quote Khalidmimi 12-8-2022 08:41 PM
Meiizu replied at 11-8-2022 08:46 PM
Setakat 3/4 org washing machine 7kg just nice.
Boleh basuh selang sehari dua...yg besar2 ni nak ke ...

betull cuma siapa family besar memang lagi baloi beli yg besar la. jimat elektrik, basuh 1 round sekali sumbat semua

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056305 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top