Sudah kebal dengan kecaman, penyanyi sensasi Baby Shima sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas melakukan aksi bergelek di atas jalan raya ketika melintas jalan berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Tindakan penyanyi dangdut itu bagaimanapun menuai pujian daripada peminat Indonesia kerana dianggap berani dan tidak takut akan kecaman daripada netizen di Malaysia. Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli dilihat sedang melintasi sebatang jalan di hadapan KLCC sebelum berhenti seketika dan bergelek ketika berada di atas garisan pejalan kaki.
“Bergoyang (bergelek) sebab kereta tak nak beri laluan!” katanya pada ruangan kapsyen. Menerusi keterangan yang diberikan, dia difahamkan berbuat demikian kerana mengambil inspirasi daripada trend Citayam Fashion Week yang sedang viral di negara seberang.
|
rainbowrainz replied at 1-8-2022 05:17 PM
Iols takut sol tertengok aje gelekan maut yinnih
Raman replied at 1-8-2022 09:21 AM
Tk terkejut la sebab skandal pun dah bertudung cam isteri dia.
ADVERTISEMENT