CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Peduli Kena 'Gam', Abon Lebih Dulu 'Banned' Stesen TV

1-8-2022 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4826| Komen: 27|Original author: Tatod

Sumber Harian Metro


Pelawak, Sharizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon sama sekali tidak peduli sekiranya dirinya sudah di'gam' oleh pihak stesen televisyen.

Katanya kepada Harian Metro, dia kecewa dengan sikap sebuah stesen televisyen yang seakan menafikan kemenangannya sebagai juara pertama pertandingan lawak anjuran mereka bersama Allahyarham Os pada 2011.

"Saya dah tak peduli kalau mereka nak 'gam' saya kerana saya dah lama gam mereka. 


"Dipanggil untuk terbabit dalam program saya tak datang dan saya pilih letak harga tinggi sebab memang saya dah tak hendak," katanya.


Abon menegaskan dia tidak cemburu dengan pelawak lain yang terbabit dengan program terbitan stesen berkenaan kerana itu adalah rezeki mereka.

"Mereka nak cari juara dan kami pun dah juara. Setiap juara katanya ada program sendiri. Yang selepas itu pun ada program tapi kenapa kami tiada.

"Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebab saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa sahaja terhadap saya.

"Orang dah tak nak kita, bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi, dah tak seronoklah," katanya.

Sumber Harian Metro

Abon yang berusia 61 tahun mulai aktif dalam dunia hiburan sejak 1979 menolak tawaran dengan bayaran RM500 kerana merasakan nilai tersebut tidak wajar dengan komitmennya.

"Saya kata jumlah itu diperolehi sejak zaman 1980-an menerusi Kampung Seri Wangi untuk setiap episod.

"Orang itu cakap dalam nada tak bersalah, katanya orang lain okey saja sambil jumlah tersebut.

"Saya tanya mereka siapa dan dijawabnya ekstra. Saya jawab, saya tak hebat tapi saya ada nama," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-8-2022 12:28 PM
tapi betul la kesian kat abon & arwah os sampai orang x tahu dorang ni juara MLM..sedeyhhhh tapi tu la kalau retis2 veteren je stesen tv pun wat dekk je..
Quote encikWawad 1-8-2022 12:35 PM
dan keep on repeat the same shit with diff name dah la tak kelakar sangat. MLM la ni.

and i like abon punya pantun spontan2 ni mmg power
Quote Mary_jane 1-8-2022 12:45 PM
Engko tak hendak, aku lagi tak hingin kata Abon.
Quote JunkMail 1-8-2022 12:47 PM
Sialnya Astro. Balik2 ulang benda sama. MLM tu pun dok repeat peserta sama je. Pastu susun pelawak bangang jadi DJ radio pulak. Bodo laa
Quote Cokoro 1-8-2022 12:51 PM
Baik astro buat mcm gag concert korea tu. Kumpulkan pelawak2. Org dtg beli tiket masuk. Tak pyh dah buat prtndingan. Org sama jgk yg masuk.
Quote idril 1-8-2022 12:51 PM
asik2 la sepahtu bosan nak mampos
dah nak 10 tahun iols xde astro... membazir je
Quote ezacbee 1-8-2022 01:16 PM
Abon ni aku suka dia berpantun. Melawak sambil berpantun. Memang best.


Tapi bukan pelawak yg cia.. cia..cia..
Quote jarikuku 1-8-2022 02:07 PM
Abon ni iols selalu nmpk kat River cruise Melaka ,,
Menghiburkan pengunjung yang ade kat situ, meriah juga la iols tengok
Quote supernaturalee 1-8-2022 02:35 PM
jarikuku replied at 1-8-2022 02:07 PM
Abon ni iols selalu nmpk kat River cruise Melaka ,,
Menghiburkan pengunjung yang ade kat situ, meri ...

hari apa


dh lm x ke melaka

kot2 ade rezeki ke sana kan

Quote tepisket.. 1-8-2022 03:26 PM
Dia mmg x kisah nak gam tv stesen. Sbb suara dia laku. Bnyk jd voice over utk iklan radio. Pastu jemputan mc lagi. Rezeki dia bkn melawak dpn tv je. Pdn muka dgn penerbit rancangan y bodoh tu. Org tua ni kau da buat palat, sampai mati dia ingat. X berkat la hidup ko menipu org tua
Quote akuMNdia 1-8-2022 03:55 PM
aku suka tgk watak sutinah lbh2 lg bab muka anak mcm muka siapa tu..
kalau anak mcm muka laki, lbh baik anak tu duduk jer dlm perut xyah kuar2
Quote jarikuku 1-8-2022 04:13 PM

1st time nmpk time CNY aritu
lpas tu sabtu lepas awal muharam nmpk lagi so mmg betul la Abon mencari rezeki kat situ
nmpk sihat dan ceria  walaupun dh berumur

Quote supernaturalee 1-8-2022 04:34 PM
jarikuku replied at 1-8-2022 04:13 PM
1st time nmpk time CNY aritu
lpas tu sabtu lepas awal muharam nmpk lagi so mmg betul la Abon menca ...

owhhh
ade kontrak lh tu kot
but definitely bukan sebulan 500 lh kn die dpt




Quote jarikuku 1-8-2022 04:59 PM
supernaturalee replied at 1-8-2022 04:34 PM
owhhh
ade kontrak lh tu kot
but definitely bukan sebulan 500 lh kn die dpt

aa kan iols pun fikir mcm tu,

hahah idok la sampai RM500 je sis.. mesti la lebih gitchuew
Quote sleepandream 1-8-2022 08:00 PM
cakap jawe heols pekat....
Quote beatgirlX 1-8-2022 08:02 PM
Itu bezanya pelawak otai dgn pelawak bbnu.. especially yg suka ala² body shamming ngan double meaning ..
Quote nakkomenjugak 1-8-2022 08:30 PM
500????
Kalau iol pun thanks but no thanks jahhhh
Quote tepisket.. 1-8-2022 09:54 PM
iklan Afy Haniff suara dia, kicap Jalen pon suara dia, Ez Qurban pon suara dia.
Quote September14 1-8-2022 10:01 PM
Aku x pnh tgk mlm tu semua.. geli tgk pelawak msia ni low class mcmne lah org leh minat

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.262243 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top