Sumber Harian Metro
Pelawak, Sharizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon sama sekali tidak peduli sekiranya dirinya sudah di'gam' oleh pihak stesen televisyen.
Katanya kepada Harian Metro, dia kecewa dengan sikap sebuah stesen televisyen yang seakan menafikan kemenangannya sebagai juara pertama pertandingan lawak anjuran mereka bersama Allahyarham Os pada 2011.
"Saya dah tak peduli kalau mereka nak 'gam' saya kerana saya dah lama gam mereka.
"Dipanggil untuk terbabit dalam program saya tak datang dan saya pilih letak harga tinggi sebab memang saya dah tak hendak," katanya.

Abon menegaskan dia tidak cemburu dengan pelawak lain yang terbabit dengan program terbitan stesen berkenaan kerana itu adalah rezeki mereka.
"Mereka nak cari juara dan kami pun dah juara. Setiap juara katanya ada program sendiri. Yang selepas itu pun ada program tapi kenapa kami tiada.
"Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebab saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa sahaja terhadap saya.
"Orang dah tak nak kita, bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi, dah tak seronoklah," katanya.
Sumber Harian Metro
Abon yang berusia 61 tahun mulai aktif dalam dunia hiburan sejak 1979 menolak tawaran dengan bayaran RM500 kerana merasakan nilai tersebut tidak wajar dengan komitmennya.
"Saya kata jumlah itu diperolehi sejak zaman 1980-an menerusi Kampung Seri Wangi untuk setiap episod.
"Orang itu cakap dalam nada tak bersalah, katanya orang lain okey saja sambil jumlah tersebut.
"Saya tanya mereka siapa dan dijawabnya ekstra. Saya jawab, saya tak hebat tapi saya ada nama," katanya. -CARI
|