CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Dibayar RM1 Juta Pun...' - Sekuel Mat Kilau? Adi Putra Tengok Dulu Macam Mana

30-7-2022 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4509| Komen: 25

Pelakon, Datuk Adi Putra akan mempertimbangkan sekiranya dia ditawarkan untuk berlakon dalam filem sekuel Mat Kilau seperti mana yang diumumkan oleh penerbit filem itu baru-baru ini.


Adi yang juga teraju utama dalam filem Mat Kilau berkata, banyak aspek perlu dilihat dan diteliti sekiranya dia ditawarkan dan memberikan persetujuan, antaranya, siapakah individu yang akan dipilih sebagai pengarah.


IG Adi Putra

"Saya ada mendengar mengenai sambungan itu, tapi setakat ini saya belum dihubungi oleh pihak penerbit. Kalau ditawarkan, saya kena lihat beberapa aspek antaranya, meneliti naskhahnya dan melihat adakah Syamsul Yusof masih dipilih sebagai pengarah.


"Kalau bukan Syamsul, saya perlu tahu siapakah gerangan pengarah yang akan mengarahkan filem sekuel itu. Bukan apa, saya sendiri sudah serasi bekerja di bawah arahan Syamsul sejak filem KL Gangster lagi.

"Kalau dia (Syamsul) yang akan mengarah, saya akan terima," katanya.

Selain itu, Adi, 41, juga menyentuh mengenai faktor kesihatan dan kekuatan tubuh badannya memandangkan usianya juga semakin meningkat.

"Faktor usia pun penting sebab kita tak tahu, sekiranya pengumuman mengenai filem sekuel itu dibuat sekarang, penggambarannya mungkin akan dilakukan dalam beberapa tahun lagi.


IG Adi Putra

"Saya sendiri pun tak tahu bagaimana tahap kesihatan saya pada ketika itu. Kalau dibayar sehingga RM1 juta sekalipun, tapi, kalau badan saya tak sihat, tak boleh juga.

"Filem aksi sebegini memerlukan kudrat tubuh yang kuat. Jadi, saya memang memandang serius mengenai kesihatan tubuh sebab nak guna lama," katanya.

Terbaharu, Adi kini membintangi filem seram berjudul Jerangkung Dalam Almari yang akan ditayangkan pada 4 Ogos depan.

Selain Adi, filem itu turut membariskan barisan pelakon antaranya, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 31-7-2022 12:17 AM
Xpyhla sekuel2... Nanti xmenjadi. Buatla pasal tokoh2 lain pulak. Satu tokoh ckup satu filem je. Xperlu nk bersambung2. Ni bukan marvel universe
Quote Orix 31-7-2022 12:24 AM
Jujur ikhlas dari hati yach, filem Mat Kilau yg kaut 80juta ni pd iols layak masuk slot telefilem tv jah. Entah hapa yg hype sgat iols pn x faham. Iols rs PGL lg deserved utk dpt kutipan 80-90juta
Quote Mulotkoyak 31-7-2022 10:52 AM
Orix: Jujur ikhlas dari hati yach, f ...
nasib uols rase... Tp bg iols plak xdela gempaq sangat pun filem mat kilau ni. Audio die tu bingit sgt. Almaklumlah pengarah SY mmg audio die sgt bingit dan xmesra halwa telinga.
Quote Rogue98 31-7-2022 11:01 AM
Dah 90m collection. Kalau nak buat sequel pun mampu ke saing yg first. Tak payah kut. Penonton mesti ada higher expectation...dan story line pun most probably sama jer.
Quote imanjannah 31-7-2022 11:16 AM
AcikBuncit replied at 31-7-2022 12:17 AM
Xpyhla sekuel2... Nanti xmenjadi. Buatla pasal tokoh2 lain pulak. Satu tokoh ckup satu filem je. Xpe ...

setuju sangat
Quote primarikey 31-7-2022 11:38 AM
Mulotkoyak replied at 31-7-2022 10:52 AM
nasib uols rase... Tp bg iols plak xdela gempaq sangat pun filem mat kilau ni. Audio die tu bingit  ...

Setuju...bab audio yg desyum desyum tu dh mcm filem tamil...bingit
Quote mendeluk 31-7-2022 12:41 PM
Orix replied at 31-7-2022 12:24 AM
Jujur ikhlas dari hati yach, filem Mat Kilau yg kaut 80juta ni pd iols layak masuk slot telefilem tv ...

Iols pun pelik knapa hype sgt.
Iols tengok movie ini mcm tengok dlm tv2 je standard cerita dia. Story line awal2 dah best tapi akhir itu mcm tak puas tgk. Character british dgn team2 dia tu mcm tak nampak strong knapa peel mcm tu etc scene dia. Iols bagi 6/10
Quote Orix 31-7-2022 12:51 PM
mendeluk replied at 31-7-2022 12:41 PM
Iols pun pelik knapa hype sgt.
Iols tengok movie ini mcm tengok dlm tv2 je standard cerita dia. S ...

kira untung uols bg 6/10... iols rate 4/10 jah utk standard filem
Quote codenamedream 31-7-2022 01:26 PM
Tak payah sekuel mat kilau. Adi pun dah tua nanti.
mat kilau untung tayang bila fasa endemik baru start.
berduyun2 yg nak pi tgk.

buat jer movie pasal pahlawan lain.
iols teringin nak tgk movie pasal perang bisik.
macam tak pernah belajar pasal perang ni dlm silibus iols dulu.
Quote mendeluk 31-7-2022 02:17 PM
Orix replied at 31-7-2022 12:51 PM
kira untung uols bg 6/10... iols rate 4/10 jah utk standard filem


Mat kilau ini patut ikut movie mcm rrr. Movie rrr itu best gila walau ada scene tak masuk akal, but first time iols puji cerita india. Cinematography, character masing2 semua kuat obvious. End story pun puas sgt. Dialog mat kilau pun cringe ya amat.
Quote sarah_ary2 1-8-2022 12:37 AM
mendeluk replied at 31-7-2022 02:17 PM
Mat kilau ini patut ikut movie mcm rrr. Movie rrr itu best gila walau ada scene tak masuk akal, bu ...

Rrr sangat detail ya camera work dia and sgt suka lakonan dorang, memang best gilos rrr tue, mantap sgt
Quote eyansss 1-8-2022 02:13 AM
Orix: Jujur ikhlas dari hati yach, filem Mat Kilau yg kaut 80juta ni pd iols layak masuk slot telefilem tv jah. Entah hapa yg hype sgat iols pn x faham. Iol ...


yahampun…  aku ingat aku sorang je rasa camtu…  filem ni lemah la…  script lemah, garapan lemah…  rasa kosong…  
Quote mendeluk 1-8-2022 05:03 AM
sarah_ary2 replied at 1-8-2022 12:37 AM
Rrr sangat detail ya camera work dia and sgt suka lakonan dorang, memang best gilos rrr tue, manta ...

Yup cerita dia mantap. I bagi 10/10 marks. Dari mula sampai ending memang puas hati. Lagi2 bila british tu kena bunuh.
Quote me12345 1-8-2022 06:54 AM
Kalau tukar org, lost la momentum, sbb semua pilihan semua pelakon yg skrg udah sesuai. Lgpun sekuel tak mungkin sehebat yg 1st. Buat je lah citer lain..citer baru tp kualiti bagus mcm mat kilau or better.
Quote tulip-rain 1-8-2022 10:37 AM
Edited by tulip-rain at 1-8-2022 10:40 AM
mendeluk replied at 31-7-2022 12:41 PM
Iols pun pelik knapa hype sgt.
Iols tengok movie ini mcm tengok dlm tv2 je standard cerita dia. S ...


Eh bukan uols bukan main memuji ke si syamsol ni hari tu, sbb berjaya buat filem mcm MK yg disukai pelbagai orang tak kira taraf hidup, darjat dan bangsa...melayu urban pun pergi tgk MK.
Quote mendeluk 1-8-2022 01:37 PM
tulip-rain replied at 1-8-2022 10:37 AM
Eh bukan uols bukan main memuji ke si syamsol ni hari tu, sbb berjaya buat filem mcm MK yg disukai ...

Memang iols memuji, sbb masa tu tak tengok lagi Tapi puji part itu je lah dapat tarik org semua level sbb time tu Org yang i kenal pergi. Ini comment bab story line.
Quote ladybugz 2-8-2022 09:18 AM
tulah i pun x stuju buat sekuel mat kilau ni. leave it be. buat cerita pasal sejarah yg lain pulak. byk sejarah2 lama negara yg org kita belum betul2 celik lagi.
Quote silampumeja 2-8-2022 09:30 AM
Ye buat je pahlawan lain
Quote buragazz 2-8-2022 11:17 AM
AcikBuncit replied at 31-7-2022 12:17 AM
Xpyhla sekuel2... Nanti xmenjadi. Buatla pasal tokoh2 lain pulak. Satu tokoh ckup satu filem je. Xpe ...

Aku pun setuju tak payah sekuel tapi filem MK ni ending dia tak cukup.. habis gitu jer klu dia buat kemas lagi sikit tak perlu pun sekuel.. buat filem sejarah lain pulak...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075699 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top