Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing air sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.42 petang. Menurutnya, sejurus itu lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Sebelum kejadian, mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. "Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang. "Tiba-tiba mangsa dilaporkan disambar lalu dibawa ke dalam dan hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini. Azlan berkata, SAR kemudiannya dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 30-7-2022 10:00 PM
Kalau tengok nama, rasanya Norsila ni Orang Sungai. Sama macam Bung.
Btw,
dua_chzy replied at 30-7-2022 10:02 PM
Sungai kaler gitu idok la akak nak pi memancing nak. Keruh gila hapa pun tak nampak. Buaya pun sengi ...
sharlenetexas replied at 30-7-2022 10:03 PM
Apa perasaan para pemimpin?
Belibis replied at 30-7-2022 10:42 PM
Bukan kat kelantan sis..kalau tak jenuh amar nak jawab.
MissVixen replied at 31-7-2022 08:20 AM
Ngerinya. Haritu dalam parit ladang sawit pun ada buaya. sarawak tak boleh buru buaya secara besa ...
mejaputih replied at 31-7-2022 08:55 AM
Tp ni kat sabah bah..
akies: Populasi buaya makin bertambah ...
ADVERTISEMENT