CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cempedak Goreng Dijual Seketul RM2, Mahal Ke Berpatutan?

27-7-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4420| Komen: 70

Cucur cempedak atau cempedak goreng semestinya menjadi antara kuih kegemaran ramai.

Disebabkan tidak dijual sepanjang masa kerana berbuah mengikut musim, maka tidak hairanlah ia mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada para penggemar.


Dek kerana itu, ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kuih berkenaan.

Foto: FB

Ditambah pula dengan situasi terkini yang menyaksikan kebanyakan harga barangan seperti minyak masak mulai meningkat, harga cempedak goreng dijual sehingga lebih sekali ganda dan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial memaparkan gambar cucur cempedak beserta tanda harga yang diletakkan iaitu RM2 seketul.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan tidak menyatakan lokasi sebenar gerai yang menjual cucur tersebut.

Ternyata perkongsian itu mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menyifatkan harga yang diletakkan peniaga tersebut adalah sangat keterlaluan.

"Ini harga macam nak pergi haji balik hari. Apa mahal sangat? Agak-agaklah peniaga pun.

"Nampak harga terus pusing ke belakang semula," demikian antara komen netizen.

Namun ada yang berpendapat, kenaikan tersebut adalah disebabkan harga buah cempedak mentah sememangnya mahal pada ketika ini, di mana peniaga juga perlu mengambil kira kos penyediaan bahan-bahan lain.

"Buah cempedak sekarang sekilo RM10. Sebiji empat kilogram jadinya RM40.

"Sebiji buah cempedak mentah ingat murah ke? Dah siap goreng, dengan minyak dan tepung, lain-lain kos lagi.

"Baru kelmarin beli, paling murah RM9 sekilo. Yang mahal RM12 sekilo. Beli dua biji terus. Memang banyak isi, puas hati. Nak makan sedap tapi berbaloi, carilah kedai yang jual buah cempedak, bukan kedai yang jual goreng cempedak," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyebelahi peniaga kerana tidak mempunyai pilihan disebabkan kenaikan harga barangan.

"Bila jual mahal sikit, orang cakap nak untung lebih. Peniaga ni bukan nak untung sangat pun, balik modal pun cukuplah.

"Cubalah jadi peniaga dahulu... kemudian baru tahu macam mana rasanya," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 27-7-2022 05:09 PM
jarang juga dah beli cempedak goreng, mahal sangat
Quote ezacbee 27-7-2022 05:10 PM
Pisang goreng pun sama. Makin nipis. Baik beli buah dan goreng jelah. Makan xabis.
Quote pearl.silver 27-7-2022 05:26 PM
Xpenah beli cempedak goreng… buah cenpedak pun xpenah beli..

Mkn cempedak pokok sendiri je..
Quote green~tea 27-7-2022 05:32 PM
Dari last week lg duk bertekak pasal rega cempedak goreng kat CI ni... boringgg
Quote Skuau 27-7-2022 06:04 PM
Penjual:dah murah da tu...
Pembeli:mahalnya...
Quote Perawankota 27-7-2022 06:12 PM
Aku suka  makan chempedak.. Tapi tiap kali aku beli, mesti ada mulut sekeliling remind aku jgn makan byk sebab angin.. Sabar jer la.. Anyway klu rm2 seketul mahal pada aku.. Aku pon lama tak jumpa org jual
Quote dekmieDandy 27-7-2022 06:19 PM
tak pernah hayat lagi aku beli cempedak goreng ni

dari dulu harga mengarut

memang tunggu musim je, pastu masak sendiri

makanlar sampai kembung
Quote akies 27-7-2022 06:37 PM
Harga cempedak pun mahal. Hurmm..
Quote Kitty_catz 27-7-2022 06:43 PM
bukan dari dulu dah mahal ke? meols kut nak goreng beli and goreng sendiri sblm ada pokok

now tak termakan , bagi jiran2 sama cleaner and gardener
Quote CariMalay 27-7-2022 06:45 PM
Cempedak goreng lebih sedap dari pisang gorèng
Quote ekselen 27-7-2022 06:48 PM
Td jumpa kt gerai kuih...seketul 80 sen yg saiz biasa hehehe
Quote monreyes 27-7-2022 06:50 PM
masih murah tu ..apa kata naikkan ke RM5 pulak..kalau x abes sila.lah mkn sendiri
Quote lasagnaklcc 27-7-2022 06:51 PM
Beli baru ni rm1 seketul tapi mmg besar2 la. Tapi tak sedap sbb pahit.
Quote Tinot7 27-7-2022 06:55 PM
kalau rupa gini, baik tanam pokok sendiri, tuai hasil, pastu goreng.. takpun, beli dan goreng sendiri.. lagi puas..
Quote krustykrab 27-7-2022 06:57 PM
Edited by krustykrab at 27-7-2022 06:58 PM

Dah buah tu pun mahal, kalau kopek dpt brp ulas je...
Aku ni jrg beli wpun suka makan sb perut berangin.

Tapiiii durian mahal pun korg beli jgk kan..melantak sampai tk hingat dunia...
Quote stingergrumpy 27-7-2022 06:58 PM
Tinot7 replied at 27-7-2022 06:55 PM
kalau rupa gini, baik tanam pokok sendiri, tuai hasil, pastu goreng.. takpun, beli dan goreng sendir ...

Take my advice......Tangan ko apa pun yg ko tanam tak akan menjadi...panas....so dont waste your time...

Quote missmarvolo 27-7-2022 07:18 PM
sekarang tengah musim cempedak. pegi jela area hulu langat dalam2 sikit menghala ke dusun tua tu. banyak je jual tepi jalan sekilo RM 5 je
Quote swimswim 27-7-2022 07:19 PM
Da tau mahal jgn beli. Bila x laku, pandai la nanti depa turun harga
Quote kitmal 27-7-2022 08:09 PM
kalau mahal tak payah beli...duit kita kan

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.074755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top