Tindakan pemilik akaun TikTok Mariam Hadid yang menggelarkan dirinya sebagai 'nabi wanita pertama' mengundang kemarahan netizen di media sosial.
Video-video yang dihasilkan wanita Arab itu tular dan turut mendapat perhatian netizen Malaysia sehingga wujud satu gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya. Di laman Facebook, seorang pemuda dikenali sebagai Mohd Azahar menggesa orang ramai agar membuat laporan kepada pihak TikTok dalam usaha menyekat penghasilan video oleh wanita itu. "Untuk siapa-siapa yang ada TikTok mohon report akaun ni, dia mengaku dia nabi perempuan dan kebanyakan content menghina agama Islam.
"Jangan biarkan agama Islam dihina. Jadi marilah kita report TikTok dia biar dia tidak lagi membuat content yang menghina agama kita. "Jika diam saat agama kamu dihina, gantilah baju kamu dengan kain kafan," ujarnya dalam posting tular yang meraih hampir 10,000 perkongsian semula di Facebook. Loading FB Post... Memiliki lebih 73,000 pengikut, Mariam Hadid yang sentiasa memakai tudung dalam setiap video turut mendedahkan bahawa dia merupakan seorang model. Dia turut bertindak biadab apabila melakonkan aksi solat sambil memakai kostum ala Spider-Man berhijab. Dalam satu video berlainan, dia duduk di atas sejadah sambil membaca al-Quran dengan memakai kostum berkenaan. Video penghinaan itu sehingga kini meraih lebih 1.1 juta tontonan. Untuk rekod, wanita itu mula aktif menghasilkan video sejak awal tahun lalu namun kisahnya baru sahaja mendapat perhatian di negara ini. Video terakhir yang dimuat naik tiga hari lalu memaparkan aksi dia menggoyangkan buah dada sambil memakai tudung dan baju tanpa seluar. Untuk rekod, kes penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia kembali hangat diperkatakan selepas tularnya video seorang pelawak wanita pada 10 Julai lalu. Belum reda isu itu, seorang lagi lelaki di Selangor ditangkap kerana menghasilkan video mempersenda Allah dan Nabi Muhammad pada 17 Julai lalu. Keesokan harinya pada 18 Julai, polis turut menahan seorang lagi lelaki di Kelantan selepas didakwa memuat naik video menghina Islam di media sosial. -CARI Sumber: mStar Online
|
cikatilia replied at 27-7-2022 02:19 PM
saging nya the brst
ADVERTISEMENT