CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Habis Berbungkus Dengan Pita Pelekat Bila Ibu Cop Meja Anak Dalam Kelas!

27-7-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2545| Komen: 13

Description: Pelbagai cara dilakukan ibu bapa memastikan anak menerima yang terbaik dalam semua hal.Terbaru, tular di media sosial Indonesia sebuah video memaparkan wanita ke sekolah anaknya untuk menanda tempat d ...
Pelbagai cara dilakukan ibu bapa memastikan anak menerima yang terbaik dalam semua hal.

Terbaru, tular di media sosial Indonesia sebuah video memaparkan wanita ke sekolah anaknya untuk menanda tempat duduk di barisan hadapan kelas, lapor laman berita Suara.com. 



Foto: IG

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.

Rakaman memaparkan wanita berkenaan membawa pita pelekat dan beg milik anaknya untuk diletakkan di atas sebuah meja.

Dia menanda tempat duduk itu dengan meletakkan beg dan menampal pita pelekat di seluruh meja dan kerusi supaya tiada pelajar lain mengambilnya.


Kerusi itu pula dilekatkan pada meja supaya tidak boleh dipisahkan. 



Kedua-duanya diletakkan di barisan hadapan kelas supaya anaknya boleh menerima pelajaran dengan baik jika duduk di hadapan dan dekat dengan guru.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-7-2022 11:25 AM
sabar je lahhh
Quote azie5zoe 27-7-2022 11:52 AM
Nasib ko lah dik dapat emak cemtu.
Quote esbok 27-7-2022 12:00 PM
sini pun sama je pernagai memasing. cuba bagi anak tu sendiri fight for your life, idak le generasi muda ni lembik je ha semua tunggu kene suap
Quote ketambangkang 27-7-2022 12:48 PM
camtu sekali ehh..anak aku rabun jauh tp kena duduk blkg sekali, mintak ngn cikgu tukar duduk depan sikit haram tak dilayan
Quote Miss.Rara 27-7-2022 03:54 PM
satgi nak duduk kena buka jugak seal tu...

dah seal macam tu takyah duduk kat meja tu ahh senang...

pi duk meja lain...

Quote juruterra 27-7-2022 04:18 PM
perghhh kiasunya mak dia
Quote seri_mawr 27-7-2022 05:22 PM
alihkn kerusi n meja tu kebelakang...dia bukan pasak pada lantai pun..hahahaha

satu hal pulak anak nya nk buka pita pelekat bila nak duduk...
Quote dua_chzy 27-7-2022 06:41 PM
ketambangkang replied at 27-7-2022 04:48 AM
camtu sekali ehh..anak aku rabun jauh tp kena duduk blkg sekali, mintak ngn cikgu tukar duduk depan  ...

Heran saya tau kenapa ada cikgu takda timbangrasa begini. Patutnya kalau dah hati keras sangat camni, meka pi jadi warden penjara, bukan cikgu.
Quote Carcosa 28-7-2022 10:17 PM
Kalau duduk bawah lobang idung cikgu pun, kalau anak kau jenis pemalas nak belajar, takde nye dia dpt nombor 1 Apa, budak duduk blkg2 semua bodoh la?
Quote salimrock 28-7-2022 11:51 PM
caprut nya perangai
Quote vender 29-7-2022 06:05 AM
Ibu dia tak tahu budak2 yg cemerlang biasanya duduk belakang
Quote Zack8hunter 29-7-2022 10:54 PM
over la mak dia..bdk2 ni berebut2 nk blakang sbnrnya..
Quote jas7512 30-7-2022 06:52 PM
I dulu duk belakang.sbb tinggi...dpt gak no 1 dlm.kls ..yg penting ulangkaji blk pelajaran ok

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062690 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top