CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Kelantan Menang Suka Merantau Ke Negeri Lain, Bukan Sebab Tiada Kerja

27-7-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6710| Komen: 102

KOTA BHARU: Penghijrahan rakyat Kelantan, terutama golongan muda ke negeri lain, adalah disebabkan sikap serta tradisi mereka yang suka merantau dan bukan disebabkan kekurangan pekerjaan di Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Beliau menjelaskan, peluang pekerjaan di negeri ini memang banyak dan mencukupi, namun sebahagian rakyat lebih cenderung untuk bekerja di ibu kota, selain ada segelintir bersikap memilih kerja.

Selain itu, katanya, penghijrahan bukan saja berlaku di Kelantan tetapi juga seluruh dunia, justeru keadaan berkenaan tidak menggambarkan kegagalan kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan.

Foto: Berita Harian


"Sifat orang Kelantan, terutama anak muda, memang suka merantau sama ada untuk mencari kerja atau apa saja aktiviti. Itu tidak boleh dinafikan.

"Keluar dari negeri untuk bekerja bukan berlaku di Kelantan saja tetapi juga di seluruh dunia. Malah, beberapa bulan lalu, ada laporan bahawa kajian mendapati kira-kira 500,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, jadi hendak kait macam mana itu?

"Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan)... mungkin rasa tidak 'glamor', ada juga yang memilih kerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina, di sini, malam tadi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri masih kekal dengan dasar tidak membenarkan pembukaan pawagam di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, dasar itu berkemungkinan akan berubah pada masa depan, bergantung pada perubahan semasa atau keperluan.

"Ini kerana dasar boleh berubah. Masa Tok Guru (bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu, perempuan tidak boleh masuk bertanding musabaqah... (tetapi) selepas beberapa tahun, boleh pula.

"Lagipun, isu pawagam menjadi besar selepas fenomena (filem) Mat Kilau saja. Habis fenomena itu, tidak ada apa-apa," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 27-7-2022 11:20 AM
anak bukan kelantan pun ramai je berpusu2 kat lembah klang ni...cer survey opis korang tu tp sebab x obvious speaking bagai...org x heran
Quote hyie 27-7-2022 11:46 AM
sebab gaji kecik. Itu lah jawapan popular yang iols dapat bila tanya kat diorang ni. Tapi kos hidup kat sana pun murah lagi, kan? any kelantanese boleh sahkan?
Quote bakingsoda 27-7-2022 11:51 AM
template nik amar bila tak dapat justify kebodohan dlm membangunkan negeri "kat tempat lain pon ada masalah ________"
Quote lattehazelnut 27-7-2022 12:16 PM
Edited by lattehazelnut at 27-7-2022 12:17 PM

Yg gol miskin duduk reban, xde kerja, selalu keluar berita tu nak bg alasan apa pulak?
Quote uori 27-7-2022 12:25 PM
harisbee replied at 27-7-2022 11:20 AM
anak bukan kelantan pun ramai je berpusu2 kat lembah klang ni...cer survey opis korang tu tp sebab x ...

nope, opis aku dan opis adik aku, tak lupa tempat kije abang aku, majoriti kelantan
Quote nikaido 27-7-2022 12:35 PM
hyie replied at 27-7-2022 11:46 AM
sebab gaji kecik. Itu lah jawapan popular yang iols dapat bila tanya kat diorang ni. Tapi kos hidup  ...

rumah murahla banding KL. Barang dapur, makanan, brg2 elektrik, perabot sama je dgn KL
Quote orion_pax 27-7-2022 12:36 PM
Mu bentang statistik la nik amar wei..bodo takleh nak ajar..kecek macam angin lalu jah mung nih..
Quote nikaido 27-7-2022 12:36 PM
harisbee replied at 27-7-2022 11:20 AM
anak bukan kelantan pun ramai je berpusu2 kat lembah klang ni...cer survey opis korang tu tp sebab x ...

ramai je ssjkp. jiran aku, ofismate, kedai tempat aku beli makan
Quote sharlenetexas 27-7-2022 12:37 PM
Malay chinese.


Quote hyie 27-7-2022 12:41 PM
nikaido replied at 27-7-2022 12:35 PM
rumah murahla banding KL. Barang dapur, makanan, brg2 elektrik, perabot sama je dgn KL

rasa daerah terpencil macam Gua Musang dan beberapa lagi, harga barang basah masih murah, kot? yang ada jual kuih satu seposen. Pernah terbaca kat porem ni jugak.
Quote green~tea 27-7-2022 12:43 PM
Nak duk kg kena redha gaji 2k sebulan..  nak gaji banyok, kena merantau.. standard
Quote uori 27-7-2022 12:49 PM
hyie replied at 27-7-2022 12:41 PM
rasa daerah terpencil macam Gua Musang dan beberapa lagi, harga barang basah masih murah, kot? yan ...

kemudahan asas kot yang teruk, walau murah. area kampung nenek aku pun semua murah2 tapi maju tempatnya. mall, cinema semua ada walau sendu, tapi okaylah. air slow, tapi jernih sikit warnanya
Quote becir 27-7-2022 12:50 PM
"Malah, beberapa bulan lalu, ada laporan bahawa kajian mendapati kira-kira 500,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, jadi hendak kait macam mana itu?"

Mamat ni otak mati ke apa..comprehension teruk betul
Quote mojarean_X 27-7-2022 12:52 PM
Lega hati Timbalan MB dengar
Quote prettyuglybabe 27-7-2022 12:53 PM
patut la rakyatnya pun *odoh
Quote honeybee1802 27-7-2022 12:53 PM
lattehazelnut replied at 27-7-2022 12:16 PM
Yg gol miskin duduk reban, xde kerja, selalu keluar berita tu nak bg alasan apa pulak?

Negeri lain ada jg org duk dlm rebae ayae...tp lensa kamera ternampak hop negeri kelatae jah...
-Tmb kelate-
Quote tripleid 27-7-2022 12:53 PM
"Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan)... mungkin rasa tidak 'glamor', ada juga yang memilih kerja," katanya.

kuat betul membohong..kalo kelantanese lagi suka kerja negeri luar takdelah ummah kelantan yg keje gomen kat KL dgn negeri2 lain tu berpusu2 mohon nak balik kg kelantan sampai kelate jadi negeri yg paling susah nak pindah sbb dah takde kosong kat sana
Quote nikaido 27-7-2022 12:54 PM
hyie replied at 27-7-2022 12:41 PM
rasa daerah terpencil macam Gua Musang dan beberapa lagi, harga barang basah masih murah, kot? yan ...

yg aku tau, barang makan dkt kedah/perlis ye murah. parent aku duduk bachok, diorang masa dtg rumah (aku duduk putrajaya, kerja dkt seri kembangan) terkejut harga makan dkt selangor sama/lebih murah.
Quote nikaido 27-7-2022 12:56 PM
asyik2 nik amar je defend kelate even kenyataan dia bangang2 jua. MB mana?

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075253 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top