HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas dibelit ular peliharaannya sepanjang 5.48 meter (18 kaki) di bahagian leher minggu lalu, lapor majalah People.
Elliot Senseman, 27, mati ketika dirawat di Hospital Lehigh Valley kira-kira pukul 8.11 pagi (waktu tempatan), kata Koroner Daerah Lehigh, Daniel A. Buglio dalam satu kenyataan. “Punca kematian adalah kecederaan pada otak akibat kurang oksigen semasa dibelit. “Seekor ular sawa boa constrictor dengan saiz kira-kira 5.48 meter melilit leher mangsa, yang mengakibatkan kecederaan otak ,” kata kenyataan tersebut sambil menambah, kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan.
Dalam insiden pada minggu lalu itu, anggota polis Perbandaran Upper Macungie dikejarkan ke perkampungan Fogelsville sejurus menerima panggilan kecemasan. Setibanya di lokasi kejadian, anggota-anggota polis menemui seorang lelaki terbaring di lantai, manakala seekor ular melilit lehernya. “Disebabkan saiz reptilia itu amat besar, salah anggota kami terpaksa menembak kepala ular tersebut tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa,” demikian menurut laporan polis. Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu laman berita The Daily Beast bahawa mangsa mula membela ular sejak berusia 10 tahun selain mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan reptilia itu. Dia juga telah menyelamatkan banyak ular dalam tempoh enam tahun lalu dan amat berminat dalam mencari tempat tinggal baharu bagi haiwan tersebut. – CARI Sumber: Kosmo
|
monreyes replied at 27-7-2022 12:31 PM
x sempat telan...
margo20 replied at 27-7-2022 12:18 PM
Bela ular sendiri cukup la buat ape tambah yg lain
maharani_gebu replied at 27-7-2022 01:11 PM
lambat bagi makan lar ni... tu yg sebat tuan sendiri
aina_shaira replied at 27-7-2022 01:56 PM
Aku dpt dari forum ni juga Ada kata, kalau nak antara nak katok ular dan yenna, kena katok yenna dul ...
eyansss replied at 28-7-2022 01:27 PM
tak jugak... ada kes, dia jamu makan tapi ular refuse. memacam dia cuba bagi... tak jalan... p ...
ADVERTISEMENT