CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Lantik Ryan Fahmi Bakery Jadi Ikon

26-7-2022 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5101| Komen: 24

Description: Influencer yang sedang meningkat naik ketika ini, Ryan Fahmi Bakery telah dilantik sebagai ikon Bubblebee milik pelawak, Shuib Sepahtu.
Influencer yang sedang meningkat naik ketika ini, Ryan Fahmi Bakery telah dilantik sebagai ikon Bubblebee milik pelawak, Shuib Sepahtu.

Ryan Fahmi Bakery yang terkenal dengan video-video komedi pendek yang menceritakan perihal masa lampau seperti tingkah laku pelajar sekolah di TikTok.

Foto: IG

Bukan itu sahaja, Ryan turut membawakan beberapa watak antaranya budak kecil muka berbedak serta kisah dirinya sendiri telah mendapat perhatian ramai.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut berkongsikan pengumuman lantikan ikon tersebut di Instagram miliknya hari ini dan bakal membuka satu lagi cawangan Bubblebee miliknya di Seri Iskandar, Perak pada 30 Julai nanti.




Rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada Ryan kerana usahanya selama ini dalam menghiburkan rakyat Malaysia berjaya membuka mata orang ramai.

“Tahniah Ryan, awak sudah lalui pelbagai halangan dan cubaan selama ini. Pernah hilang kerja dan melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.



“Jadikan ini sebagai permulaan awak untuk terus berjaya di masa hadapan,” jelas Zura Fezura.

“Lawak betul kalau tengok video-video si Ryan ini, mengingatkan kita masa kita kecil dan sekolah dulu, tahniah akak ucapkan kepada Ryan,” jelas Kartini Anuar.


“Buat lagi content-content lawak membina Ryan, aku sokong kau,” kata Nik Furhh. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote h0lysh1t 26-7-2022 07:43 PM
Syabas Ryan
Quote Afie13 26-7-2022 07:57 PM
I suka lawak ryan ni. X payah buka mulut pun dah lawak dgn bedak penuh kat muka agaknya botol bedak penuh kat rumah dia
Quote Lailerthee 26-7-2022 08:05 PM
Apa yg i paham bukan icon tpi mmg ryan ni pny kedai tu, murah rezeki dia dpt bkk kedai bubblebee ni
Quote Carcosa 26-7-2022 08:32 PM
Pandai la Shuib ambik kesempatan. Dah tak boleh tunggang cerita sedih kehilangan isteri lagi, skrg menumpang orang yg ala2 tgh femes.
Quote Nizleen86 27-7-2022 12:00 AM
Vid yg paling lawak masa anak ponteng skolah tu. Dari adik sampai ke bapak semua muka copy paste.  Kreatif betul vid tu.
Quote Mini.Me 27-7-2022 07:49 AM
Lailerthee: Apa yg i paham bukan icon tpi  ...


Serius laa? Byk betul duit ryan...bukan half million ke modal francise bubblebee ni?
Quote Mini.Me 27-7-2022 07:54 AM
Carcosa replied at 26-7-2022 08:32 PM
Pandai la Shuib ambik kesempatan. Dah tak boleh tunggang cerita sedih kehilangan isteri lagi, skrg m ...

Otak marketing dia ni...patut dari dulu lagi jadi bisnesman...jadi pak lawak tak berapa nak lawak
Quote AshkieLa 27-7-2022 08:06 AM
Carcosa replied at 26-7-2022 08:32 PM
Pandai la Shuib ambik kesempatan. Dah tak boleh tunggang cerita sedih kehilangan isteri lagi, skrg m ...

aku pun rasa yg sama...
dia dah tak boleh 'pergi' dengan watak2 sedih as husband kehilangan wife,
dia tempel kat ryan yg tengah in skang...

hope ryan tak terbinasa dek aura poyo soeb ni...
Quote makadek 27-7-2022 08:13 AM
Soweb menempel kertewww
Quote Mamason 27-7-2022 08:50 AM
Mama harap Ryan ni dpt kekalkan identiti lawak dia.. Jgn mengarut2 or ikut trend org ramai.  Lps tu please...jgn promote brg2 or perkara2 yg xmolek like produk boleh memutihkan seluruh badan ke... melabur RM1 dapat sejuta ke... Haa jgn!

Sila kekalkan lawak anda dan mengimbas byk lagi kenangan zaman kanak2 dulu... Xpyh berckp byk pun xpe... Good Job Ryan! (mcm dia baca )
Quote xtahumenahu 27-7-2022 09:24 AM
suke tgk vid si ryan ni
mmg lawak...sempoi...
kadang sampai ulang2 tgk
Quote shernazz 27-7-2022 09:30 AM
Budak pangkah burung cari kamu ryan ...
Quote nanasno 27-7-2022 09:34 AM
paling lawak pada iols video dia yang van air milo kat skola tu. tak leh bla betul muka dia.klakoooo.
Quote cikatilia 27-7-2022 10:03 AM
aku suka si ryan ni dgn wan chai
Quote She-Ra 27-7-2022 10:11 AM
iols suka ryan ni
menceriakan hari hari warga malaysia
geram rasa nak tumbukkkk je tgk kelaku dia dlm video2 tu.. mengimbau kenangan
kita tgk ngekek tak henti, siap ulang berjota kali pulak tu, tetap la gelak

moga terus berkarya dgn cara sendiri dan jd diri sendiri.. jgn lupa diri
org mcm dia ni laku keras oiii.. perempuan suka lelaki lucu semulajadi, muka tu belakang kira .. tp dia ni ada manisnyaaaa
Quote Kepot 27-7-2022 11:27 AM
mengimbau memori zaman kanak-kanak 90 an
Quote ouch! 27-7-2022 12:08 PM
bila kita bercakap pasal rezeki di tangan Allah kan...cam ni lah contoh...anytime Tuhan nak flip dari menggangur terus murah sgt rezeki dia..harap2 dia stay humble lah dan x poyo.huhu

p/s baru tau bakery tu nama ayah dia
Quote crazypink 27-7-2022 03:08 PM
Murah rezeki awak Ryan
Semoga terus kekal humble & jgn poyo ...kekal kan content awak yg bershj
Good Luck Ryan ...
Quote alaa 27-7-2022 03:18 PM
good luck Ryan. haku suka content2 ekau ryan.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.112264 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top