|
Fahrin Ahmad berpendapat pelakon berpengalaman, berusia atau matang juga perlu diberi peluang untuk melakonkan watak utama dalam sesebuah drama.
Fahrin, 43, berkata pelakon dalam kelompok seperti dirinya masih lagi mempunyai pengikutnya tersendiri. "Saya sudah lama memberi pendapat bahawa industri kita perlu ada drama yang menampilkan barisan pelakon yang lebih matang. Sebabnya sekarang ini saya tengok 'trend' lebih terarah kepada pelakon muda. Boleh lihat mereka yang menjayakan watak yang lebih matang dan seumpamanya. "Jadi inisiatif untuk menghasilkan drama seperti Selamanya Suri Cinta yang menampilkan barisan pelakon yang matang seperti saya, Siti Nordiana, Faradhiya dan Sham Visa patut disokong.
"Saya percaya pada zaman platform Over-The-Top (OTT) ini seperti Netflix dan sebagainya, drama seperti ini tetap ada penontonnya. Ramai penonton berusia yang mahukan drama yang dibintangi oleh pelakon berpengalaman seperti ini," katanya.
|




Rachel_Green replied at 27-7-2022 07:38 AM
betul gak apa yg fahrin cakap..kadang ada watak yg tak sesuai dgn pelakon ..watak matang tapi pelako ...
aina_shaira replied at 27-7-2022 07:22 AM
I masih tak boleh move on masa FA kahwin, suka sangat dengan wife pilihan dia, wife dia pun tak gedi ...

AshkieLa replied at 27-7-2022 08:03 AM
jalan cerita kena berat kalau nak bagi watak utama pelakon berusia ni..
takkan korang nak berlakon l ...
...dulu petang2 satu rumah berkumpul depan tv tengok drama seindah sakura dgn rindu bertamu di abu dhabi....drama tv3 dulu2 best dari ptg membawak ke malam...hero2 dulu pun best mcm shah jazel, azlee khairi, adi putra, sein, aqasah, nazim
...sekarang ni drama dengan pelakon 2x5 sendu...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 1.169470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.