CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Curi Duit RM100-"Kalau Salah Tangkap, Jangan Bakar Anak Saya Hidup-Hidup"

26-7-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4617| Komen: 40

KEMAMAN – Ibu kepada remaja lelaki yang melecur akibat dibakar rakan-rakannya pada ming­gu lalu mahu keadilan untuk anak­nya yang sedang melawan kesa­kitan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Wanita itu, Anisah Takzim, 50, berkata, perbuatan membakar anaknya yang berusia 15 tahun hidup-hidup amat kejam dan pelaku terlibat wajar mendapat hukuman yang setimpal.

“Saya sedar anak saya nakal, tetapi kalau dia buat salah tangkap dan serah kepada polis bukannya bakar hidup-hidup.

“Jika (anak) dipukul sekalipun saya masih boleh terima (perbuatan itu). Saya tak sangka masih ada manusia yang begitu kejam dan tergamak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini semalam.

Foto: Foto: Kosmo


Menceritakan semula keja­dian itu, Anisah memberitahu, dia terkejut mendapati anak bongsunya mengetuk pintu rumah pada pukul 3 pagi, 22 Julai lalu sambil mengerang kesakitan.

Ibu tunggal tiga anak itu berkata, ketika itu, baju yang dipakai anaknya melekat pada tubuh.

“Dia memberitahu kena bakar dan cuba memadam api dengan cara berguling atas tanah sebelum berlari pulang ke rumah.

“Saya tak fikir panjang lalu membawanya yang melecur kira-kira 40 peratus pada badan ke hospital kerana ketika itu kea­daannya kritikal,” katanya.

Tambah Anisah, dia berasa sedih mengenangkan nasib anak­nya lebih-lebih lagi apabila melihat remaja itu sedang bertarung kesakitan di ICU.

Kecederaan itu akan menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal di badan.

“Setakat ini, keadaannya stabil dan dia sudah boleh bercakap dan makan meskipun dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.

Kosmo! Online pada Sabtu lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dibakar rakan-rakannya selepas dituduh mencuri wang RM100.

Ekoran kejadian itu, seramai enam lelaki berusia 18 hingga 28 tahun ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-7-2022 01:03 PM
Edited by Skuau at 26-7-2022 03:07 PM

Sebab tu la aku pilih tuk 'idup aman' kat dunia ni...kita x tau apa yg orng akn buat...kalo kita buat 'jahat'....takut..'TAK ADIL ' balasan yg kita terima nantinya.
Quote Orenn1 26-7-2022 01:16 PM
Dah mcm negara hutan rimba kat negara kita ni. Semua ambil tindakan sendiri.
Quote Orenn1 26-7-2022 01:17 PM
Macam uncivilized country
Quote Orenn1 26-7-2022 01:26 PM
Ibu bapa kat negara kita ada tak berbual dgn anak2 tentang pelbagai perkara kat rumah?  how to behave how to treat others semua? manners? kena berbual2 dgn anak tentang perkara mcm ni, dorg kena sentiasa diberi guidance sbb dorg sedang membesar, perlu dibentuk bukannya dilepas dorg hidup mcm org hutan kat rimba
Quote rosedemon 26-7-2022 01:38 PM
dah mcam kat india, tak puas hati sikit bakar terus
Quote TabletSusu 26-7-2022 01:47 PM
takutnyaaa baca berita2 mcmni.
Quote zehra2 26-7-2022 01:48 PM
parents bising bila anak depa yg kena tuduh.. cuba  kot anak depa yg membakor, anak jugek yg betul.  tengok je la kes farhan
Quote prettyuglybabe 26-7-2022 02:00 PM
kalau makcik care anak makcik betul-betul, takde la dia kena bakar..
Quote ChildrenOfBodom 26-7-2022 02:11 PM
nasib baik tak kena salib dik
Quote prince_marhaen 26-7-2022 02:38 PM
sebelum kul 3 pagi balik guling2 depan pintu tu ada makcik cari ke anak underage makcik kat mana?
Quote takayama 26-7-2022 02:44 PM
saspek dah kena tahanan reman
tunggu hasil siasatan polis mcm mana
xnak tuduh dan tu ding jari, klu betul mangsa dibakar sbb kesalahan mencuri jd saspek pun kenalah charge juga utk melakukan kecederaan
saspek lbh tua dr bdk ni, kwn2 pd siblings bdk ni ke sbb bdk ni br 15 tahun
Hrp polis reveal lah kes ni supaya tiada yg teranaiya
Quote Omai 26-7-2022 02:47 PM
Kesian kau dek.. kerana rm100, menahan la kau melecur tu.. haih....
Quote imransulaiman 26-7-2022 02:59 PM
Ni aku rasa sebab dah banyak buat kes gamaknya...sampai orang pun dah muak asyik menahan amarah saja.
Quote pooh~key 26-7-2022 03:12 PM
Entahlah akak tak tahu nak simpati ke tidak dekkkk….. kohkohkohkohkoh.
Quote JunkMail 26-7-2022 03:20 PM
Ok aku boleh terima acik ni merempan sebab dia ngaku dan sadar diri anak dia nakal. Bukan sejenis anak saya baik orangnya ...padahall
Quote bakingsoda 26-7-2022 03:27 PM
pukul 3 pagi kat luar rumah lagi hmmm, tapi mmg tak patut la sampai bakar2. drag ke balai polis sudah
Quote Zeatyisaac 26-7-2022 03:47 PM
I still cannot brain. Pukul 3 pagi? Underage, what are you doing out there? Kesian anak dia, mak tak kisah pun tak balik sampai pukul 3 pagi. Kekurangan kasih sayang.

Apapun, orang awam janganlah jadi pembunuh dan mengambil tindakan sendiri. Belajarlah dari peristiwa2 dahulu.
Quote hashashes 26-7-2022 04:11 PM
Ni tak lain tak bukan, sumpahang ikang ning
Quote mizruncing 26-7-2022 04:24 PM
aduhhh kesiannyaaa.. hope dapat jd pengajaran for future. mak nya pon tau anak nye nakal tp tu lahh. pkl3 pagi plak tu kena bakar. sblm tu tak cari ke anak keluar mana lewat2 malam. hishhh ntah laa nk kesian pon xtau dah. dah la mencuri plak tu. mntk dijauhkan laa anak2 semua dari perkara mcm ni

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071623 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top