“Dalam video ni saja dia dapat nak dekat RM10,000.
“Seekor lion RM650 x 7 darab sendiri. Belum gift lain. Lebih RM10,000 gaji dia untuk satu malam.
“Lion harga RM1,500. Dia dapat RM125,000, so that means dia dapat semalam RM2,500. TikTok ambil 60 peratus daripada gift.
Antara tujuh gift yang diberikan pemilik akaun Sultan Pemurah.
Antara tujuh 'gift' yang diberikan pemilik akaun Sultan Pemurah.
“29999 (coin) = USD460. TikTok ambil 66 peratus, baki USD157 Ryan dapat.
“Lepas dikira-kira hampir RM 7+++. Tak relaks,” ujar beberapa netizen.
Selain ingin mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh daripada gift tersebut, rata-rata netizen mula ‘menyiasat’ siapakah gerangan Sultan Pemurah berkenaan.
“Siapakah di sebalik sultan?
“Sapa sultan ni? Ramai juga TikTokers dia bagi gift lion.
“Sultan ni siapa... boleh kata banyak live yang dia bagi lion.
“Sultan sangat ni weh. Semalam dalam live Imran pun dia bagi macam-macam.
“Walau siapa pun sultan tu, semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki.. Biarlah sultan tu memberi tanpa dedahkan gerangan sendiri.
"Betul ke kerabat diraja JDT (Johor Darul Takzim),” aju beberapa netizen lagi sambil meminta supaya Sultan Pemurah turut mengikuti live mereka.
Mengakui terkejut dengan pemberian daripada pengikut, Ryan kemudiannya mengucapkan terima kasih dan berdoa semoga pemberi terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.
“Thanks for the gift guy’s,” katanya sambil mengulangi nama Sultan beberapa kali selepas menerima beberapa hadiah lagi.
Di samping reaksi wajah yang terharu, dia menyatakan sesi live tersebut dibuat untuk menunjukkan permainan yang dimiliki dan bersembang santai bersama pengikut.
Dia turut meminta supaya Sultan Pemurah berhenti menghantar gift mahal seperti itu selain meluahkan kebimbangan jika ia dilakukan oleh kanak-kanak yang menggunakan akaun media sosial milik ibu atau bapanya yang telah syncing dengan kredit kad.
Terdahulu video perkongsiannya itu ditonton lebih 2.7 juta pelayar TikTok.
Dalam pada itu, menerusi posting video yang dimuat naik di akaun tunangnya bernama Farah, Ryan berkongsikan kisah gembira bahawa dia mendapat banyak gift.
Malah, dia turut menyatakan akan menghantar rombongan bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka berdua.
"Umi tunggu walid hantar rombongan kahwin ya," katanya ringkas sambil meminta tunang tidak menghubunginya buat sementara waktu kerana sedang bersiaran langsung.
Susulan video tular dia menerima hadiah mahal itu, seorang pelayar Facebook berkongsikan maklumat tentang nilai bagi setiap gift yang diterima Ryan.
“Ketika Ryan Bakery buat live kat TikTok dia, memang banyak orang bagi gift. Tapi yang biasa.
“Tiba-tiba ada seorang nama ‘Sultan Pemurah’ bagi gift singa pada Ryan. Bila saya check harga gift, RM1,049.90,” ujarnya di Facebook.
Menerusi hantaran yang sama dia turut memuji influencer berkenaan yang bijak memanfaatkan teknologi masa kini.
“Inilah untung bila pandai manfaatkan media sosial.
“Zaman yang kita kena cari peluang sebaik mungkin di media sosial untuk jana pendapatan dan personal branding,” tambahnya. -CARI
Sumber: mStar Online