Berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin menunjukkan trend membimbangkan, penyanyi rap MK K-Clique mengambil keputusan membatalkan pertemuan pada saat akhir bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung esok.
MK dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam Instagramnya malam tadi berkata, keputusan membatalkan penganjuran majlis santai bersama peminat itu berikutan kes harian Covid-19 yang dicatatkan semakin meningkat kebelakangan ini. “Minta maaf,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen berserta foto poster majlis tersebut. Dalam perkongsian sama, pelantun lagu hit Mimpi itu sedar keputusan saat akhir tersebut akan membuatkan peminat berasa hampa dan kecewa dengannya.
“Kami faham tindakan ini akan menyebabkan peminat yang ingin bertemu secara dekat akan berasa hampa. Jadi, saya mohon maaf kepada setiap daripada anda. “Terima kasih juga buat mereka yang sabar dan memahami sepanjang kesulitan ini. Bagi mereka yang telah membeli pakej ini, saya bagi pihak penganjur mohon maaf. Jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga keselamatan diri,” katanya lagi. Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat yang sudah membeli tiket meluahkan rasa hampa dan sedih mereka, namun memahami situasi semasa yang berlaku. Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, menerusi pengumumannya beberapa hari lalu memberitahu penganjuran majlis santai bersama peminat sepatutnya diadakan di Pavilion Kuala Lumpur. Semalam, angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 4,587 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,602,379 kes setakat ini. Sumber: KOSMO! ONLINE |
“Terima kasih juga buat mereka yang sabar dan memahami sepanjang kesulitan ini. Bagi mereka yang telah membeli pakej ini, saya bagi pihak penganjur mohon maaf. Jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga keselamatan diri,” katanya lagi.
ashilalat replied at 23-7-2022 07:51 AM
Apasal konsert dia je batal? Konsert org lain rancak berdosa je on sepanjang masa..galak konsert san ...
ADVERTISEMENT