CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lufya Omar Kenal Pendera Budak Rambut Pink- "Dia Memang Ada Masalah Depresi"

22-7-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5668| Komen: 40

Description: Mengenali secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.
Mengenali secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.


Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.

Foto: IG

"Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.

"Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.


"Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak," katanya kepada mStar.



Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.

Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.



"Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.

"Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.

"Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah," jelasnya.



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.


Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 22-7-2022 05:18 PM
Dah tau ada depression sampai boleh mendatangkan kecederaan, kenapa ambil anak angkat???
Quote SherryZass 22-7-2022 05:20 PM
jadi engko dah buat report polis ke belum kes culik tu?
Quote kiah_mai_pulak 22-7-2022 05:21 PM
takkk,, masalahnya ketiak kau yg lecak... eh silapp, masalahnya kau dah bagi kejesama belum dgn abg polis tu ?
Quote Lavender_Violet 22-7-2022 05:22 PM
Kes apakah yinni?

Baideway apa buruk sangat si Lufya punya baju tu
Baju tu cantik sbnrnya tapi sheols pakai nmpk buruk pulak dgn stokin sedondonnya...tiba2 pakai heels pulak
Quote KBW2 22-7-2022 05:23 PM
Hmmm dia punya pukul budak tu for no reason memang dia rasa sedapler tuh mendera budak tuh. Depression paleotak kolah. Semorang sekang sikit2 depressed eh?
Quote LembingDayanti 22-7-2022 05:29 PM
lufya ni menyibukkkk je keje dia....
Quote QueenIsolde 22-7-2022 05:29 PM
Hal org lak yg dia sibukkan (wpon mmg patut sbb kes dera), kes culik dia senyap cmtu je.
Quote imransulaiman 22-7-2022 06:35 PM
Apa perkembangan kes culik anak dia tu? Betul kes culik ke atau sekadar umpan nak semula laki dia?
Quote lyshafull 22-7-2022 06:49 PM
Ni dia bisng lak kes dia senyap betul
Quote Budakmomok 22-7-2022 07:11 PM
Lufya dh g balai ke?kes sendiri x settle lg
Quote minahsenget 22-7-2022 07:19 PM
hasanah ke yg psal anak nak kena culik tu
Quote CikYaYaYa 22-7-2022 07:37 PM
Dah tau otak tu merengg xsihat ada mutung laa depress laa dah napaa amik anak angkat?? Si sangkak tu amik anak angkat melalui JKM k melalui mana?
Quote missyL 22-7-2022 07:38 PM
Eh knp die nk komen lebih2
Quote Fly_over 22-7-2022 07:40 PM
myra pendera budak tu founder produk skincare (kot) duta produk dia si dahi syed. sibat2 belaka ye…
Quote tikusmontok 22-7-2022 07:46 PM
missyL replied at 22-7-2022 07:38 PM
Eh knp die nk komen lebih2

Sini komen dia

[ig]https://www.instagram.com/tv/CgTCK53A6v0/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote prizadane 22-7-2022 07:52 PM
Kau pun depression ke Lufya? So bila nak bagi kerjasama kat polis. Fishy betul
Quote Fly_over 22-7-2022 07:53 PM
myra ni ada kes scam jugak katanya. scam apa xtau lah
Quote missyL 22-7-2022 07:58 PM
tikusmontok replied at 22-7-2022 07:46 PM
Sini komen dia

Gitu haa
Baik whatapps je la
Quote I.K.A888990 22-7-2022 09:09 PM
lebih tertarik nk tau kisah dia psl kes polis tu....
senyap je

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061563 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top