CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 4

MK K-Clique Batal Pertemuan Sebab Nak Lindungi Peminat Dari Covid-19

[Copy link]
Post time 22-7-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin menunjukkan trend membimbangkan, penyanyi rap MK K-Clique mengambil keputusan membatalkan pertemuan pada saat akhir bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung esok.


MK dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam Instagramnya malam tadi berkata, keputusan membatalkan penganjuran majlis santai bersama peminat itu berikutan kes harian Covid-19 yang dicatatkan semakin meningkat kebelakangan ini.




IG MK




“Minta maaf,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen berserta foto poster majlis tersebut.


Dalam perkongsian sama, pelantun lagu hit Mimpi itu sedar keputusan saat akhir tersebut akan membuatkan peminat berasa hampa dan kecewa dengannya.


“Kami faham tindakan ini akan menyebabkan peminat yang ingin bertemu secara dekat akan berasa hampa. Jadi, saya mohon maaf kepada setiap daripada anda.


“Terima kasih juga buat mereka yang sabar dan memahami sepanjang kesulitan ini. Bagi mereka yang telah membeli pakej ini, saya bagi pihak penganjur mohon maaf. Jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga keselamatan diri,” katanya lagi.








Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat yang sudah membeli tiket meluahkan rasa hampa dan sedih mereka, namun memahami situasi semasa yang berlaku.


Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, menerusi pengumumannya beberapa hari lalu memberitahu penganjuran majlis santai bersama peminat sepatutnya diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.


Semalam, angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 4,587 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,602,379 kes setakat ini.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
meraung la acik2 nk p jumpa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal konsert dia je batal? Konsert org lain rancak berdosa je on sepanjang masa..galak konsert sana, konsert sini. Xde plak kena batal. Lagipon kan bukan ada perintah kawalan pergerakan apa smua skrg.

Boleh tak nak speku, teket x laku. Sebab tu batal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:00 PM | Show all posts
“Terima kasih juga buat mereka yang sabar dan memahami sepanjang kesulitan ini. Bagi mereka yang telah membeli pakej ini, saya bagi pihak penganjur mohon maaf. Jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga keselamatan diri,” katanya lagi.


Pasni leh lagi jual tiket, pastu mohon maaf sbb xleh jumpe.
Leh gi Mekah balik hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 23-7-2022 07:51 AM
Apasal konsert dia je batal? Konsert org lain rancak berdosa je on sepanjang masa..galak konsert san ...

Iols pun nak speku benda sama.dia ni awek2 bbnu je minat. Ponen2 lebih minat noki. Dak2 rempit muka pecah rumah lagi minat tuju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.305640 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list