Pengarah drama Jodohku Babysitter, Hadith Omar tampil menjawab susulan video viral aksi Aliff Aziz dan Intan Najuwa berpelukan di Genting Highlands baru-baru ini.
Jelas Hadith, video yang dirakamkan oleh orang awam dan ditularkan di media sosial itu merupakan salah satu babak lakonan mereka dalam drama terbabit. "Daripada video itu sendiri kita boleh tengok ia adalah rakaman orang awam ketika penggambaran salah satu babak dalam Jodohku Babysitter. "Babak itu adalah dimana Adam (Aliff) sedang memujuk Adel (Intan). Rasanya ia adalah sikap semulajadi untuk suami isteri yang tengah memujuk dan melakukan babak sedemikian," ujarnya. Jelas Hadith lagi, hubungan Aliff dan Intan bersifat profesional serta punyai chemistry yang baik antara mereka. "Banyak saja drama lain yang memaparkan adegan peluk untuk watak suami isteri. Cumanya video ini viral tanpa dijangka kerana status Aliff sebagai suami orang dan Intan sebagai berstatus bujang. "Apa yang boleh saya katakan, hubungan Aliff dan Intan di set penggambaran sangat profesional, mereka sangat menghormati satu sama lain serta pelakon lain. Chemistry sangat bagus! "Hubungan dengan kru pun bagus, kami semua dapat rasakan feel kekeluargaan itu, sebab itu juga pelakon selesa untuk melakonkan babak sedemikian juga," tambahnya. Justeru, Hadith memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi melulu sekali gus memohon maaf terlepas pandang dengan adegan bersentuhan seperti yang tular itu. "Ini salah satu silap saya kerana saya memberikan kebebasan dan pelepasan kepada pelakon untuk melakonkan apa yang mereka selesa dalam sesuatu babak. Sebab saya mahukan natural daripada lakonan mereka. "Saya juga rasa Aliff dan Intan melakonkan babak tersebut demi menghidupkan feel sebagai pasangan suami isteri, tidak lebih daripada itu. Mereka selesa sebab chemistry dan kepercayaan antara satu sama lain. Kita sesama kru pun ada respek sesama sendiri. "Kami pun terlepas pandang, saya terlupa batasan agama dan pergaulan. Daripada set itu saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung daripada video berkenaan. Apa yang boleh saya katakan apa yang berlaku atas dasar profesional, tiada niat lain dan ia tidak disengajakan tular. "Sepanjang penggambaran kami cuba sebaik mungkin melakonkan babak sweet dengan batasan. Cuma babak itu saya terkhilaf, kita tak boleh salahkan pelakon kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka," ujarnya. Tambah Hadith, penularan klip itu menjadi pengajaran buat produksinya agar lebih berhati-hati dan peka dengan sensitiviti. "Saya mohon maaf atas apa yang berlaku, tidak ada apa-apa agenda lain, itu tugasan profesional mereka. Semoga terus menyokong drama Jodohku Babysitter kerana penuh dengan nilai kekeluargaan dan pengajaran. Yang baik dan yang kecam kami jadikan pengajaran," tuntasnya. Sumber: Gempak |
helicornia replied at 19-7-2022 02:36 PM
alep katanya dh berhijrah join tabligh sume takkan tak tau batas hukum. sampai pengarah pulak kena m ...
mizruncing replied at 19-7-2022 03:08 PM
sis mampu senyum jahhhh
fealefea replied at 19-7-2022 04:44 PM
buaya mmg tak lupe bangkai. dah camtu, hadap je la Bella. asalkan hensem.
sleepandream replied at 19-7-2022 05:04 PM
bagusnya semangat kekeluargaan....
so habis shooting, solat jemaah sama2 yach
cantthinkofany replied at 19-7-2022 05:01 PM
okayyyy....noted....
ADVERTISEMENT