CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5359|Reply: 44

'Kami Terlepas Pandang' - Pengarah Minta Maaf Isu Aliff Aziz Berpelukan Dengan Intan Najuwa

[Copy link]
Post time 19-7-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah drama Jodohku Babysitter, Hadith Omar tampil menjawab susulan video viral aksi Aliff Aziz dan Intan Najuwa berpelukan di Genting Highlands baru-baru ini.


Jelas Hadith, video yang dirakamkan oleh orang awam dan ditularkan di media sosial itu merupakan salah satu babak lakonan mereka dalam drama terbabit.


"Daripada video itu sendiri kita boleh tengok ia adalah rakaman orang awam ketika penggambaran salah satu babak dalam Jodohku Babysitter.


"Babak itu adalah dimana Adam (Aliff) sedang memujuk Adel (Intan). Rasanya ia adalah sikap semulajadi untuk suami isteri yang tengah memujuk dan melakukan babak sedemikian," ujarnya.




Foto: Gemilang Daily




Jelas Hadith lagi, hubungan Aliff dan Intan bersifat profesional serta punyai chemistry yang baik antara mereka.


"Banyak saja drama lain yang memaparkan adegan peluk untuk watak suami isteri. Cumanya video ini viral tanpa dijangka kerana status Aliff sebagai suami orang dan Intan sebagai berstatus bujang.


"Apa yang boleh saya katakan, hubungan Aliff dan Intan di set penggambaran sangat profesional, mereka sangat menghormati satu sama lain serta pelakon lain. Chemistry sangat bagus!


"Hubungan dengan kru pun bagus, kami semua dapat rasakan feel kekeluargaan itu, sebab itu juga pelakon selesa untuk melakonkan babak sedemikian juga," tambahnya.


Justeru, Hadith memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi melulu sekali gus memohon maaf terlepas pandang dengan adegan bersentuhan seperti yang tular itu.


"Ini salah satu silap saya kerana saya memberikan kebebasan dan pelepasan kepada pelakon untuk melakonkan apa yang mereka selesa dalam sesuatu babak. Sebab saya mahukan natural daripada lakonan mereka.


"Saya juga rasa Aliff dan Intan melakonkan babak tersebut demi menghidupkan feel sebagai pasangan suami isteri, tidak lebih daripada itu. Mereka selesa sebab chemistry dan kepercayaan antara satu sama lain. Kita sesama kru pun ada respek sesama sendiri.




Foto: IG Hadith




"Kami pun terlepas pandang, saya terlupa batasan agama dan pergaulan. Daripada set itu saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung daripada video berkenaan. Apa yang boleh saya katakan apa yang berlaku atas dasar profesional, tiada niat lain dan ia tidak disengajakan tular.


"Sepanjang penggambaran kami cuba sebaik mungkin melakonkan babak sweet dengan batasan. Cuma babak itu saya terkhilaf, kita tak boleh salahkan pelakon kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka," ujarnya.


Tambah Hadith, penularan klip itu menjadi pengajaran buat produksinya agar lebih berhati-hati dan peka dengan sensitiviti.


"Saya mohon maaf atas apa yang berlaku, tidak ada apa-apa agenda lain, itu tugasan profesional mereka. Semoga terus menyokong drama Jodohku Babysitter kerana penuh dengan nilai kekeluargaan dan pengajaran. Yang baik dan yang kecam kami jadikan pengajaran," tuntasnya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 02:31 PM | Show all posts
Hmm....ada ke pengarah yg titik beratkan bnda2 ni dlm drama /filem arahan diorg?

Yg si Alep dgn Intan Najuwa tu pun boleh je ckp baik2 dgn pengarah tu kan kalau diorg x nk buat scene tu

Khilaf kononnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:36 PM | Show all posts
alep katanya dh berhijrah join tabligh sume takkan tak tau batas hukum. sampai pengarah pulak kena mintak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baek lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:51 PM | Show all posts
dh mcm pajeli pulak aku nengok hadith ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:53 PM | Show all posts
hihihi gigih nk minta maaf. seblm2 ni ada menjaga jgk ke. kurius plk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 03:08 PM | Show all posts
sis mampu senyum jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:36 PM | Show all posts
tungganglah selagi boleh... sorilah aku dia ni mmg aku tak caya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 04:39 PM | Show all posts
helicornia replied at 19-7-2022 02:36 PM
alep katanya dh berhijrah join tabligh sume takkan tak tau batas hukum. sampai pengarah pulak kena m ...

Trlupa plak iol psl AA ni dh join Tabligh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:44 PM | Show all posts
buaya mmg tak lupe bangkai. dah camtu, hadap je la Bella. asalkan hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:46 PM | Show all posts
Edited by gideoncross at 19-7-2022 04:48 PM

Aiol plak dh dpt hidu kearah "itu", AA ni dlu cmtu & IN ni pun boleh tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:47 PM | Show all posts
fealefea replied at 19-7-2022 04:44 PM
buaya mmg tak lupe bangkai. dah camtu, hadap je la Bella. asalkan hensem.

Somehow iol pun dpt rsakn bnda yg sma psl ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:01 PM | Show all posts
okayyyy....noted....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:04 PM | Show all posts
bagusnya semangat kekeluargaan....
so habis shooting, solat jemaah sama2 yach
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:28 PM | Show all posts
baru peluk gitu...ZA lagi dasyat..hahhaha

dah nama artis.....berlakon la selagi boleh...esok2 dah tua x laku dah..duk atas tikar sejadah sambil pegang tasbih hari2 mintak ampun...dia berdosa dgn Tuhan....

takpun suatu hari nanti IN bertukar jadi mcm Lisa ke....Mizz Nina ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 19-7-2022 05:04 PM
bagusnya semangat kekeluargaan....
so habis shooting, solat jemaah sama2 yach

So selagi belum bersedia utk buang career....selagi iteww jgn solat berjemaah dulu atau macam mana?

Buang segala perbuatan yg boleh mendatangkheun dosa ...baru mula start solat....jgn dicampur adukkheun...

Macam iteww keww slippers?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 19-7-2022 05:01 PM
okayyyy....noted....

Macam ada nada yg terbuku ajer?

Tone ikhlas yg nan hado...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Grup tabligh tak mendatangkan duit, malah tak femes tak boleh jadik pujaan ramai.
Silap la sapa yang tertipu ngan wayang Alep sertai tabligh.
Btw, anak sulung alep kat singapore sana dah jumpa ke ngan adik adik half sabahan dia agaknya..
Oops teh tertumpah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon maaf silap pastu ckp beri Freedom...so nk blame Alip lah.  So Alip kamu yg nak pegang...bagi freedom buat yg positif ja. .jgn repeat
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat .. hanya dgn director Viuuu je boleh sentuh ..mcm hero2 drama yg tak sentuh drama local tapi Viu mulut Kancing sbb bunyi cash masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067098 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list