|
Fasha Sandha mengakui sekarang sudah bukan masa untuknya membolot semua tawaran lakonan semata-mata demi mengejar populariti atau bayaran lumayan.
Kata Fasha, situasi sedemikian pernah dilalui ketika zaman kemuncak kerjaya lakonannya beberapa tahun lalu. Di sebalik penat lelah menjayakan semua tawaran yang tidak pernah berhenti, dia bagaimanapun menyedari seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. “Kalau dulu memang saya jenis tak pilih ‘job’ (tawaran), terima sahaja apa yang datang sampai kadang-kadang terkejar-terkejar dan tiada masa untuk diri sendiri. “Tapi sekarang, benda macam tu sudah tidak boleh saya praktikkan lagi. Zaman itu sudah lama berlalu. Saya lebih rela terima satu naskhah yang beratus-ratus episod panjangnya dan melepaskan tawaran lain demi kualiti kerja.
“Mana-mana tawaran yang datang serentak, saya akan tengok dulu dan pilih salah satu yang bersesuaian. Kita pun tak nak susahkan pihak lain kalau jadi apa-apa masalah (disiplin) di kemudian hari nanti,” katanya.
|

bulanbulat replied at 19-7-2022 11:32 PM
Sapa budak pompuan besar tu?
cikperiukkera replied at 20-7-2022 12:02 AM
Ank dia putri jemyma
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046764 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.