CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kesampaian Nak Makan Kenduri-18 Mati Lemas, Berpuluh Orang Hilang Sebab Bot Terbalik

19-7-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1148| Komen: 0

Description: Sadiqabad, Pakistan: Sekurang-kurangnya 18 wanita lemas manakala berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot penuh dengan penumpang untuk ke majlis perkahwinan terbalik.
Sadiqabad, Pakistan: Sekurang-kurangnya 18 wanita lemas manakala berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot penuh dengan penumpang untuk ke majlis perkahwinan terbalik.


Bot yang membawa kira-kira 100 individu dari satu keluarga menyeberangi Sungai Indus dalam perarakan perkahwinan antara kampung Machka dan Kharor di daerah kecil Sadiqabad wilayah Punjab, menurut polis dan pihak berkuasa tempatan.

Seramai 18 wanita disahkan maut, dan antara 25 hingga 30 lagi dikesan 'sama ada diselamatkan penduduk tempatan atau berjaya berenang ke darat', menurut jurucakap Sadiqabad Rana Kashif Mehmood.

Foto: AFP

"Pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian," katanya.


Sementara pegawai polis, Mohammad Hammad berkata, kebanyakan mangsa lemas adalah wanita kerana kebanyakan lelaki tahu berenang.

"Jumlah kematian mungkin meningkat," katanya.

Penduduk di perkampungan di Pakistan biasanya menggunakan bot untuk melakukan perjalanan, mengelakkan kos pengangkutan darat yang tinggi di atas jalan berlubang dan biasanya jauh dari rumah.

Namun, wanita digalakkan belajar berenang, memandangkan kod kesopanan yang konservatif masih mengawal tingkah laku awam mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.041094 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top