CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Tak Tersusun, Ada Beg Duit- Hilang Sejak November, Di Mana Zalina Azman?

19-7-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30859| Komen: 284

Shah Alam: Polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.



"Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

"Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.


"Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

"Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.

2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula...
Quote dua_chzy 19-7-2022 12:23 AM
Sebab segala ID, duit ada tidak dirampok, aiol syak ini kes khianat. Semoga dijumpai hidup2. Sedih jika sebaliknya.
Quote Babai 19-7-2022 12:27 AM
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:23 AM
Sebab segala ID, duit ada tidak dirampok, aiol syak ini kes khianat. Semoga dijumpai hidup2. Sedih j ...

Dah lama sangat hilangnya.
Quote dua_chzy 19-7-2022 12:28 AM
Babai replied at 18-7-2022 04:27 PM
Dah lama sangat hilangnya.

Doa yang baik2 aja la. Kot2 disembunyikan/bersembunyi. Tapi sebenarnya aku tak positif lansung. Dah setengah tahun hilang.
Quote sharlenetexas 19-7-2022 12:28 AM
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.

2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...

Mcm nama ummah borneo.


Quote sharlenetexas 19-7-2022 12:31 AM
Dah lebih setengah tahun hilang.

Baca Glam dulu2, sheols cite baju2 mahal yg sangat delicate simpan kat UK sana.


Quote Lentera 19-7-2022 12:32 AM
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.

2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...

Mungkin sbb mak nya teringat hari sabtu je org mesti bersukaria di lambak mau pun funfair

Ye sis, smoga dijumpai la ex tv3 tu. Lama beno hilangnya
Quote jalfa 19-7-2022 12:36 AM
Dah lama hilang knp baru hebah.camne ummah nak bantu.
Quote JunkMail 19-7-2022 12:36 AM
Lamanya baru nak report polis ke ? Very the suspicious yachhh...
Quote Nham22 19-7-2022 12:38 AM
Family x offer ke saguhati... Letakla 20k kalau jumpe... Sure ramai yg tolong carik
Quote Kak-Rohana 19-7-2022 12:41 AM
Sejak November? Ada kebauan ikan di situ!
Quote bitterchoc 19-7-2022 12:43 AM

Ish kes apa nih. Suspen.
Quote mbhcsf 19-7-2022 12:43 AM
sebenarnya ini dah masuk kes jenayah ke ape? missing person la kan sebab dalam artikel ni dah > 5 months dah hilang ni.

moga dimudahkan urusan.
Quote VirginLady 19-7-2022 12:55 AM
ala awal sangat la pulak masuk..masih x byk info
Quote stingerkaypoh 19-7-2022 01:01 AM
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.

2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...

1. Ko selalu salah bual.

2. Jari ko lebih cepat dari otak.

Kahkahkahkah
Quote monreyes 19-7-2022 01:04 AM
maybe cuba nak rahsiakan dulu kot...dia ni host money matters kan
Quote edayildiz 19-7-2022 01:05 AM
pnh tgk muka dia...tp xberapa ingt sgt sbb i kecik lg kot time sheols kt tb3..bkn dia ni ke ada ank kembar..
lama sgt hilangnya..btw 58 dh umonya..mcm lg tua dr mak i jer
Quote Decaffeinated 19-7-2022 01:13 AM
Hitam manis eh dia ni

Dia pernah raya kat holiday plaza london kan? Kenapa yg itu pulak yg aku ingat
Quote yuhuu 19-7-2022 01:18 AM
Bulan 11 hilangnya, bulan 7 baru para ummah marhaen tau. Pelik.

Lihat semua komen(284)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.312721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top