View: 29865|Reply: 284
|
[Tempatan]
Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilapor hilang sejak November lalu. Polis percaya beliau masih berada dalam negara
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 20-7-2022 05:48 PM
KUALA LUMPUR – Polis sedang menjejaki bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang sebelum ini tdilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Katanya, dalam laporan itu anak Zalina mendakwa telah cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Bagaimanapun tambahnya, pengadu tidak menjumpai ibunya. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa sehingga kini.
Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa dengan menagih bantuan awam bagi membantu polis dalam siasatan kes tersebut.
“Selepas semua ikhtiar diambil selama ini dan gagal untuk temui wanita itu, maka kami kini meraih kerjasama serta bantuan orang ramai mengesan wanita yang masih hilang itu,” ujarnya.
Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta butiran perbadi penampilan wanita itu yang berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.
Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.-MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.
2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab segala ID, duit ada tidak dirampok, aiol syak ini kes khianat. Semoga dijumpai hidup2. Sedih jika sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:23 AM
Sebab segala ID, duit ada tidak dirampok, aiol syak ini kes khianat. Semoga dijumpai hidup2. Sedih j ...
Dah lama sangat hilangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 18-7-2022 04:27 PM
Dah lama sangat hilangnya.
Doa yang baik2 aja la. Kot2 disembunyikan/bersembunyi. Tapi sebenarnya aku tak positif lansung. Dah setengah tahun hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.
2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...
Mcm nama ummah borneo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lebih setengah tahun hilang.
Baca Glam dulu2, sheols cite baju2 mahal yg sangat delicate simpan kat UK sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.
2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...
Mungkin sbb mak nya teringat hari sabtu je org mesti bersukaria di lambak mau pun funfair
Ye sis, smoga dijumpai la ex tv3 tu. Lama beno hilangnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama hilang knp baru hebah.camne ummah nak bantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya baru nak report polis ke ? Very the suspicious yachhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Family x offer ke saguhati... Letakla 20k kalau jumpe... Sure ramai yg tolong carik |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak November? Ada kebauan ikan di situ! |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya ini dah masuk kes jenayah ke ape? missing person la kan sebab dalam artikel ni dah > 5 months dah hilang ni.
moga dimudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
ala awal sangat la pulak masuk..masih x byk info |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-7-2022 12:22 AM
1. Kenapa la kau namakan anak kau Sabturia Lorong.
2. Macam ingat acik ni. Semoga ditemui semula... ...
1. Ko selalu salah bual.
2. Jari ko lebih cepat dari otak.
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
maybe cuba nak rahsiakan dulu kot...dia ni host money matters kan |
|
|
|
|
|
|
|
pnh tgk muka dia...tp xberapa ingt sgt sbb i kecik lg kot time sheols kt tb3..bkn dia ni ke ada ank kembar..
lama sgt hilangnya..btw 58 dh umonya..mcm lg tua dr mak i jer |
|
|
|
|
|
|
|
Hitam manis eh dia ni
Dia pernah raya kat holiday plaza london kan? Kenapa yg itu pulak yg aku ingat
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan 11 hilangnya, bulan 7 baru para ummah marhaen tau. Pelik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|