CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 285|Reply: 0

[Jenayah] Rakyat Kelantan Rugi RM50 Juta Ditipu Scammer Tahun Lalu

[Copy link]
Post time 19-1-2026 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU: Rakyat negeri kerugian sebanyak RM50.09 juta akibat menjadi mangsa scammer sepanjang tahun lalu sekali gus mendedahkan ancaman jenayah komersial semakin serius.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, walaupun nilai keseluruhan kerugian kewangan dikurangkan, jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak sebanyak 915 kes.

Katanya, sepanjang tahun lalu sebanyak 2,010 kes direkodkan berbanding 1,095 kes pada 2024 sekali gus berlaku peningkatan sebanyak 915.

“Hasil kesedaran awam, nilai kerugian kewangan menurun daripada RM55.04 juta pada 2024 kepada RM50.09 juta tahun lalu iaitu sebanyak RM4.94 juta.

“Bagaimanapun, beberapa kategori penipuan menunjukkan lonjakan membimbangkan, khususnya Phone Scam (Macau Scam) yang meningkat daripada 98 kes kepada 139 kes, dengan kerugian melonjak daripada RM4.47 juta kepada RM7.63 juta,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Menurut beliau, penipuan e-dagang turut merekodkan peningkatan ketara apabila melonjak daripada 213 kes kepada 453 kes dengan kerugian meningkat daripada RM1.85 juta kepada RM3.29 juta.

Katanya, paling membimbangkan, kes penipuan kerja sambilan dalam talian mencatatkan peningkatan tertinggi daripada 80 kes kepada 253 kes.

“Kerugian melonjak hampir lima kali ganda kepada RM7.90 juta, sekali gus membabitkan golongan rakyat biasa yang mencari pendapatan tambahan.

“Penipuan pelaburan dalam talian meningkat kepada 205 kes, dengan kerugian mencecah RM12.47 juta, menjadikannya antara penyumbang kerugian tertinggi di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045997 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list