CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Cari Duit, Tuah Adzmi Tak Malu Kembali Kerja Kilang

18-7-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6192| Komen: 34

Tuah Adzmi kembali bekerja sebagai pembantu stor di sebuah kilang mencetak al Quran meskipun sebelum ini pernah memberitahu sudah meletakkan jawatan kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.


Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, pengalaman melalui waktu sukar sebelum ini membuatkan dia lebih memikirkan masa depan dan memiliki pendapatan tetap.

Foto: IG

“Saya kembali bekerja di kilang tersebut tetapi hanya separuh masa sahaja. Jadi saya boleh ambil cuti pada bila-bila masa jika menerima undangan menyanyi.

“Pengalaman waktu sukar sebelum ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya lebih berhati-hati. Kita tidak tahu sekiranya masalah kewangan akan terjadi lagi di masa akan datang.


“Apabila memiliki kerja begini, saya jadi lebih yakin dari sudut kewangan,” katanya kepada mStar.



Tuah yang merupakan bekas peserta Big Stage 2022, ditemui ketika majlis santai bersama artis-artis FMC yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak meletakkan status sebagai selebriti sebagai penghalang untuk dia bekerja di sebuah kilang, keutamaan Tuah ketika ini adalah untuk mencari pendapatan stabil agar dapat menampung perbelanjaan seharian.

Sebagai anak tunggal, Tuah juga sudah terbiasa bekerja keras mencari rezeki sendiri selepas kematian arwah bapanya ketika dia berusia enam tahun.



“Kenapa perlu malu? Saya buat kerja halal. Malah saya bangga kerana ada pendapatan yang boleh menampung kehidupan.

“Bagi saya status seorang artis itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan ialah saya dapat membantu ibu. Kerja ini juga merupakan satu peluang untuk saya meneruskan hidup.

“Syukur kehidupan sekarang ini semakin stabil. Saya juga ada buat perniagaan sendiri, kita perlu bijak dalam mencari peluang dan pendapatan,” ujarnya.



Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Tuah baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Dusta Cinta yang sudah mula dipasarkan di semua aplikasi penstriman sejak sebulan lalu.

Melihat trend muzik semasa, Tuah mengambil langkah berani untuk tampil dengan sebuah lagu yang menonjolkan elemen muzik seperti era 1990-an.



“Biasanya penyanyi lain akan cover lagu-lagu lama, tetapi saya tampil lagu baharu dengan elemen slow rock era 1990-an. Saya rakamkan lagu baharu dengan nafas muzik lama.

“Saya membesar dengan lagu-lagu yang popular zaman itu dan semoga karya kali ini dapat diterima baik pendengar,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-7-2022 12:24 PM
kan buatpe nak malu dek yang penting keluar dgn awek ada duit. tiberhhh
Quote nurul_akmar 18-7-2022 12:26 PM
xpe la.. ko x cukup duit, bukan org nk tlg ko.. kecam lg ada..
Quote a5h91 18-7-2022 12:33 PM
Berlakon lh dik. Rupa dah ada.
Quote kiah_mai_pulak 18-7-2022 01:11 PM
a5h91 replied at 18-7-2022 12:33 PM
Berlakon lh dik. Rupa dah ada.

ada bakat ke??? muka pun ala2 tajul je pun.. suara pun so-so.. tp kena pndai pilih lagu, jadi viral kat tiktok, boleh lah mendoniaa japp, mcm minah Nuha tu
Quote ezacbee 18-7-2022 01:14 PM
Xpelah dik, janji ada keje. Xpun main tiktok je. Cepat glamer.
Quote bulalof 18-7-2022 01:33 PM
lemahnya bebduak skrg ni. cara pemikiran x kreatif dan kritis langsung.
Quote nakkomenjugak 18-7-2022 05:32 PM
lobang2 kojeeee sentiasa adaaaaa
Quote SherryZass 18-7-2022 05:40 PM
gosip sebelum ni, dia berhenti kerja kilang yg sama tu jugaklah sebab nak fokus nyanyian, ni kerja balik situ. Ok lah dek, asalkan tak membewak mengharap duit mak bapak.
Quote lilac85 18-7-2022 07:37 PM
OK dek. Keje baik2
Quote samshik 18-7-2022 07:40 PM
Sapa ko ni dik.. Itu hari meratap jual mini cooper.. Now meratib kije kilang plk...
Quote orkidorkido 18-7-2022 07:42 PM
baguslah, kerjalah cari makan yang halal. Kalau ada lebih simpan. Takde apa nak malu.
Quote sleepandream 18-7-2022 08:19 PM
jambu camni cari sugarmami jahhh
Quote dudaberhias 18-7-2022 08:26 PM
Ok kerja la elok2 ye. Rupa dah ada semua walaupun suam suam kuku. Kalau kerja kilang pun tak jalan. Cuba buka onlyfans.
Quote Adrif 18-7-2022 11:40 PM
Sebagai anak tunggal, Tuah juga sudah terbiasa bekerja keras mencari rezeki sendiri selepas kematian arwah bapanya ketika dia berusia enam tahun.


oh my..
Quote buragazz 20-7-2022 01:29 PM
Lagu baru kau kureng sikit dik tak macam "Kecewa" tu lirik menusuk kalbu melodi sedap... dan "insan Kau Cinta"... walaupun meols kertu tahap purba kala tapi lagu ko dik sebelum ni leh diterima telinga... suara mu ada kesedihan bila nyanyi lagu2 meruntun jiwa..
Quote luffyjr 20-7-2022 08:32 PM
SherryZass replied at 18-7-2022 05:40 PM
gosip sebelum ni, dia berhenti kerja kilang yg sama tu jugaklah sebab nak fokus nyanyian, ni kerja b ...

betull janji kerja yang halal. actually banyak je peluang pekerja dekat luar sana tapi ramai yg taktahu macam mana nak cari. Nanti ada Ekspo kerjaya jamin kerja anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bawah Kementerian Sumber Manusia buat dekat WTCKL pergilah. ada lebih 30,000 peluang pekerjaan diorang open
Quote politikus 20-7-2022 08:33 PM
luffyjr replied at 20-7-2022 08:32 PM
betull janji kerja yang halal. actually banyak je peluang pekerja dekat luar sana tapi ramai yg ta ...

wehh seriousla baru dengar pasal ni. aku dah dekat setahun menganggur ni rasa nak pergi lahh
Quote luffyjr 21-7-2022 08:29 PM
politikus replied at 20-7-2022 08:33 PM
wehh seriousla baru dengar pasal ni. aku dah dekat setahun menganggur ni rasa nak pergi lahh


ekspo.jpg
pergila tengok ni lebih 1000 majikan dari semua sektor akan join. boleh interview live terus senang nak tanya apa apa soalan
Quote politikus 21-7-2022 08:31 PM
luffyjr replied at 21-7-2022 08:29 PM
pergila tengok ni lebih 1000 majikan dari semua sektor akan join. boleh interview live terus sen ...

selama ni aku apply kerja through online tak pernah dapat. maybe nak kena try walk-in interview macam ni kot.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.348912 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top