Kisah mengenai ibu mentua yang bersikap kejam terhadap menantu banyak dipamerkan dalam drama tempatan. Sebenarnya kes begitu turut berlaku di dunia nyata sehingga ada yang sanggup bercerai kerana tidak tahan menanggung derita.
Seorang wanita turut berkongsi luahan hati mengenai sikap ibu mentuanya yang cerewet dan mahu dilayan seperti permaisuri. Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identitinya, dia buntu dengan sikap ibu mentuanya yang suka 'tarik muka' termasuklah melibatkan hal-hal remeh.
"Apa perlu saya buat sekiranya mentua asyik buat muka tak puas hati? Mentua saya baik dengan saya kalau semua benda saya hidangkan untuk dia. "Dia akan baik kalau hari-hari saya siapkan makanan dia. Masalahnya dia sangatlah cerewet, dia sentiasa rasa hanya makanan dia sahaja yang betul," ujarnya. Menurut wanita itu, dia berasa diperalatkan apabila dilayan seperti pekerja di dalam rumah mentuanya. Lebih malang, syarat yang dikenakan oleh mentuanya seolah-olah tidak terpakai kepada anak dan menantu lain yang tinggal berdekatan. "Saya bekerja. Keluar rumah 7.30 pagi, sampai rumah 7.30 petang. Saya juga seorang introvert, tak pandai nak bersembang rancak. Ini juga jadi permasalahan dalam keluarga dia. Sedangkan suami saya seorang yang sangat baik pada saya dan anak. "Perkahwinan saya bersyarat, perlu tinggal di rumah mentua. Kadang sampaikan saya rasa saya bukan seorang isteri di rumah tu, tapi seorang yang bekerja untuk siapkan makanan dia. "Tempat kerja saya dan suami jauh, boleh dikatakan sejam perjalanan. Sedangkan anak-anak dia yang lain tinggal satu taman, tempat kerja hanya ambil masa 10 minit paling lama, tapi kami juga yang diharuskan tinggal dengan dia," ujarnya. Dalam luahan itu, wanita tersebut turut mempersoalkan layanan tidak adil mentuanya yang berbeza-beza antara menantu. Dakwanya lagi, mentuanya juga sering merajuk setiap kali dia pulang ke rumah keluarga, sekali gus menyebabkan dia berasa serba salah. "Menantu yang lain datang rumah dua tiga kali setahun walaupun dekat. Dia tak marah. Anak perempuan dia kalau hantar makanan tak ikut selera dia, dia tak marah, tak merajuk. Tapi kenapa kalau saya dia merajuk? "Kalau saya balik rumah mak saya, dia akan merajuk juga. Saya sedih dan kecewa dengan mak mentua saya. Sedangkan dia sangat rajin beribadah, pergi dengar ceramah, tapi kenapa berfikiran macam tu? "Dia juga pernah cakap dengan saya, hubungan anak perempuan tak akan sama dengan mak ayah selepas kahwin. Tapi saya juga merupakan anak yang diharapkan mak ayah saya. "Jadi apa yang perlu saya buat untuk mengabaikan perasaan sedih ini? Sampaikan saya rasa macam nak berpisah dengan suami," kata wanita itu lagi. Dia membuat luahan itu menerusi satu kiriman mesej kepada pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya. Luahan berkenaan turut dikongsi ke laman Twitter pada Rabu tengah hari. Beberapa netizen turut menitipkan doa agar wanita itu terus bersabar dengan ujian yang menimpa. "Ignore je. Dah masak, dia nak makan, makanlah. Zaman mencabar ni tak ada masa nak layan perkara-perkara merajuk ni. Bila orang tak layan, lama-lama dia pun tak merajuk. You have done your job. "Masa nak kahwin mak aku pesan, sebaik mana pun mentua dan ipar, duduklah asing. Terang-terang mak aku cakap dekat suami aku. "Stres balik kerja. Buat kerja rumah, layan anak-anak dan suami, ni mak mentua pulak. Suami dia tahu tak luahan isteri dia. "Cuba tanya ibu mentua kenapa layan awak macam tu? Kenapa menantu yang lain dia tak kisah sangat? Dah luahkan dekat suami perkara ni? Maybe dia sayang tapi saja nak menguji kesabaran," ujar beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Nham22 replied at 14-7-2022 04:17 PM
Die xnak lepasskan anak lelaki die.. Itu jaaa... Die xmo anak lelaki die hidop berdikari... Die klu ...
ADVERTISEMENT