PETALING JAYA: Lelaki yang ditemukan terjatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan kondominium di Kelana Jaya, Petaling Jaya dekat sini, dipercayai mangsa pembunuhan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa dipercayai warga asing berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an adalah mangsa pembunuhan. “Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.
“Bagaimanapun, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium itu dan menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya turut merampas telefon bimbit dan pelbagai peralatan seks. “Kedua-dua suspek berusia 40-an itu kini direman seminggu hingga 19 Julai ini untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau ada kehilangan rakan atau ahli keluarga untuk tampil ke IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
prettyuglybabe replied at 14-7-2022 11:32 AM
kalau kes gini mangsa bunuh..
kalau orang malaysia, 'mati mengejut'..
Skuau replied at 14-7-2022 11:35 AM
nyawa warga asing asing xde nilai ke?-Acik forum(kt thread lain)
prettyuglybabe replied at 14-7-2022 11:36 AM
i guess u tak faham kot maksud i..
Skuau replied at 14-7-2022 11:38 AM
mohon penjelasan....
prettyuglybabe replied at 14-7-2022 11:32 AM
kalau kes gini mangsa bunuh..
kalau orang malaysia, 'mati mengejut'..
star_karat replied at 14-7-2022 12:47 PM
Warga asing suka melancap suks cucuk jubo sendiri ngan batang plastik. Warga lokal fed up dah nasiha ...
prettyuglybabe replied at 14-7-2022 11:32 AM
kalau kes gini mangsa bunuh..
kalau orang malaysia, 'mati mengejut'..
ADVERTISEMENT